Monday 13 February 2012

Kem pemantapan pekerja SUK kerajaan negeri , Selangor.

Satu program telah di anjurkan bertempat di kem kingfisher adventures hulu langat , Selangor di mana kali ini pekerja - pekerja dari pejabat SUK kerajaan negeri Selangor telah menyertainya . Di mana di dalam program ini penerapan peningkatan mutu kerja serta bentuk kerjasama di dalam satu pasukan telah di terapkan kepada mereka.

 Di antara taklimat - taklimat yang telah di berikan oleh marshall atau pegawai jurulatih untuk aktiviti "Paint ball" yang telah kami sediakan untuk pekerja - pekerja terbabit di dalam sesi pengisian aktiviti di luar dewan sebagai riadah petang.


Biasanya aktiviti "paint ball" di jalankan di padang atau di kawasan lapang , tetapi kali ini kami menyediakan sesi pertempuran di dalam hutan dan peserta telah di terapkan sesi ala pertempuran hutan yang amat - amat memerlukan kerjasama berpasukan yang tinggi di samping daya ketahanan fizikal dan mental .

Ke esokkan harinya kesemua peserta telah di beri tugasan dalam bentuk santai iaitu aktiviti memancing yang di jalankan seumpama satu pertandingan di mana peserta telah di uji tahap kesabaran mereka di tepi kolam.