Thursday 7 February 2013

Kem kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah siri 1 / 2013





Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah siri 1 / 2013 .
Sebuah kem pengisian musim cuti penggal persekolahan yang kami anjurkan dan jalankan pada setiap musim cuti persekolahan . Terbuka kepada semua pelajar beragama ISLAM berusia dari 10 tahun sehingga 18 tahun dari seluruh semenanjung malaysia . Kem selama 5 hari 4 malam dari 23 Mac 2013 ( sabtu ) sehingga 27 Mac 2013 ( rabu ).
Objektif.
1- Pengkhususan berkaitan asas - asas fardu ain , solat , aurat dan batas pergaulan.
2 - Menerapkan ciri - ciri kepimpinan diri dan kecemerlangan secara global .
3 - Menerapkan erti kasih sayang kepada kedua ibu bapa dan keluarga sebagai salah satu ikon kehidupan seorang anak .
4 - Menerapkan dan menciptakan Ikon / idola sebenar kepada seorang pelajar Islam .
5 - Pengkhususan terhadap pengisian aspek kerohanian di dalam aktiviti dan riadah .
6 - Membina dan menunjuk cara membina minda cemerlang kepada peserta .
7 - Mendedahkan dan menunjukkan corak hiburan Islam ( bernasyid dan berQosidah ) sebagai satu alternatif kepada pengaruh hiburan barat dan korea yang semakin berleluasa mempengaruhi kehidupan pelajar masa kini .
8 - Menekankan aspek menghargai "Masa" berpandukan ayat Al Quran.
dan banyak lagi.








Lokasi kem Kingfisher Adventures Hulu langat , Selangor.




B8 Uitm Puncak Alam kem rehlah ukhuwah

Pembuka tirai tahun 2013 , kami di kafu training & consultancy telah menjalankan program Rehlah Ukhuwah bersama pelajar - pelajar dari B8 UITM PUNCAK ALAM ( Nature Quest ) selama 2 hari 1 malam dengan berbagai aktiviti .Tujuan dan matlamat kem ini adalah untuk merapatkan ukhuwah silaturahim di kalangan pelajar di samping mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan di kalangan mereka. Di antara aktiviti lasak yang telah mereka jalani adalah merentas kawasan berhalangan ( obstacle course ) .



 Pada sebelah malamnya telah diadakan malam kebudayaan bercorak hiburan islam di mana mereka telah di berikan tajuk oleh ketua fasilitator dengan tajuk malam kebudayaan UntukMu Palestin . Berbagai persembahan yang di antaranya lakonan pantomin dan deklamasi puisi berkaitan palestin telah di persembahkan oleh para pelajar secara berkumpulan . Selepas itu mereka telah menjalani aktiviti Night Walk sebelum mereka berehat dan tidur.


Pelajar - pelajar telah di bawa bersantai di kawasan air terjun kem kingfisher adventures hulu langat .Pada awal pagi hujan telah turun lebat namun dengan berbekalkan semangat yang hebat mereka tetap juga menjalani aktiviti kembara hutan dan meredah kawasan jeram .Pada sebelah petangnya telah di adakan aktiviti modul teambuilding , beberapa permainan telah mereka jalani secara berpasukan dan kemuncaknya di sudahi dengan permainan menara kejayaan.


Setinggi penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah B8 Asasi Sains dan pelajar - pelajar di atas sebuah program selama 2 hari 1 malam yang menarik dan merupakan satu kenangan yang terindah buat kami. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kem kingfisher adventures hulu langat kerana menyediakan penginapan dan menyajikan makan minum. Sebuah kenangan terindah terukir di awal tahun 2013.

kepimpinan dan perkhemahan perdana sekolah kebangsaan dusun tua


 Assalamualaikum . Sekali lagi kafu training & consultancy telah di berikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menganjur serta menjalankan kem kepimpinan dan perkhemahan perdana . Kali ini dari Sekolah Kebangsaan Dusun Tua , Hulu Langat , Selangor . Bertempat di kem kami Kingfisher Adventures Hulu Langat selama 3 hari 2 malam . Pengisian kepimpinan kali ini berkonsepkan kepimpinan islamik dan keseluruhan jati diri .Pelbagai aktiviti telah di sertai pelajar bermula dari hari pertama kem sehingga hari terakhir kem . Di antara gambar - gambar sewaktu kem kepimpinan dan perkhemahan perdana SKDT .



Di antara yang menarik di dalam kem kepimpinan pada kali ini ialah dengan kehadiran penceramah jemputan yang kami bawakan khas buat pelajar - pelajar SKDT . Slot kecemerlangan telah di kendalikan dengan jayanya oleh tetamu yang tidak asing lagi iaitu yang berbahagia Ustazah Fizah dari program Ustazah Pilihan Astro Oasis. 





Dugaan dan rintangan selama 3 hari 2 malam yang kami sediakan khusus buat pengisian kem kepimpinan kali ini telah berjaya di lalui oleh kesemua pelajar - pelajar dengan semangat yang tinggi . Sebagai bonus , kami membawa palajar ini ke kawasan air terjun kingfisher adventures untuk bersantai sambil menjalani aktiviti kembara hutan ( jungle trekking ) pada hari terakhir kem .
Setinggi penghargaan terima kasih kami di kafu training ucapkan kepada yang berbahagia Tuan Guru Besar , Guru Penolong kanan , barisan Guru - Guru Pengiring dan pelajar - pelajar SKDT di atas program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini . Tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kepada yang berbahagia Ustazah Fizah yang sudi hadir bagi menjayakan lagi program ini . Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kem Kingfisher Adventures Hulu Langat kerana menyediakan tempat dan menyediakan makan minum pelajar selama 3 hari 2 malam . Andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai umur yang panjang , ingin rasanya bersua lagi . Sekian , Terima kasih.