Thursday 10 April 2014

KEM CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2014 KAFU TRAINING

 MARI JADIKAN CUTI SEKOLAH KALI INI MASA TERBAIK UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!



Alhamdulillah , siri KKASDS 2014 bagi cuti persekolahan pertengahan tahun telah selamat berjalan seperti yang di rancang . Peserta yang datang dari negeri Terengganu , Pahang , Pulau Pinang , Kedah dan kawasan berhampiran negeri Selangor menyertai program KKASDS sesi pertengahan tahun ini . 


Perasmian program KKASDS 2014 telah sempurna dirasmikan oleh yang berbahagia Ustazah Nur Aqidah Mawardi dari rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis .

Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau agama menganut agama majusi."
(Muttafaq ‘alaih)





INSYA ALLAH, PROGRAM TAHUNAN YANG DIANJURKAN OLEH KAFU TRAINING AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN 2014 INI DI SETIAP CUTI PERSEKOLAHAN , DI Atas PERMINTAAN  RAMAI IBU BAPA SERTA PELAJAR Dari Seluruh Malaysia . Sebuah program yang berbentuk Kem Ibadah DAN PEMBINAAN SAHSIAH DIRI khusus buat pelajar dari usia 8 tahun sehingga 17 tahun beragama Islam serta terbuka kepada seluruh pelajar dari semenanjung Malaysia . 



Pada cuti persekolahan pertengahan tahun ini kami mengadakan selama 5 hari 4 malam dan membawa beberapa orang IKON KKASDS yang biasanya kami tampilkan cuma di musim cuti persekolahan hujung tahun , tetapi kami bawakan ke musim cuti persekolahan pertengahan tahun 2014 khas dan istimewa buat semua peserta - peserta program KKASDS 2014 tahun ini sebagai bonus tambahan dalam mengikuti setiap aktiviti dan pengisian yang kami jalankan sepanjang program .


Sebahagian dari peserta KKASDS pertengahan tahun sedang menjalani riadah petang .





Antara sebahagian dari pengisian yang telah dijalani oleh para peserta KKASDS kali ini ialah berkaitan solat , wuduk , menghafaz surah Al Quran dan banyak lagi .






















FREE PALESTINE , FREE SYRIA , FREE EGYPT .
#PRAYFORMH370.
#PRAYFORGAZA.
#PRAYFORSYRIA.
#PRAYFORMH17.