Tuesday 7 February 2017

Kem Cuti Sekolah Tahun 2017

Kem Cuti Sekolah Anjuran Kafu Training Kembali Lagi Bagi Tahun 2017.



MARI SERTAINYA BERAMAI - RAMAI.!!

KKASDS 2017
Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah.

Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau agama menganut agama majusi."

(Muttafaq ‘alaih)


JADIKAN CUTI SEKOLAH KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!


*Para ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak - anak mengikuti program ini diminta membaca dengan teliti dan terperinci setiap maklumat dan butiran di SETIAP halaman iklan KKASDS. 

Objektif :

- Memberi peluang dan pengalaman kepada para pelajar untuk berdikari dan melatih jati diri di kalangan pelajar am nya . 
- Mendidik pelajar supaya mementingkan perkara wajib seperti solat , menutup aurat dan perkara - perkara fardu ain yang lain . 
- Mendekatkan pelajar dengan kaedah membaca Al Quran sebagai satu aktiviti seharian dalam kehidupan dan menjadikannya sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan .
- Menerapkan beberapa aspek kecemerlangan sebagai seorang pelajar dan anak kepada kedua ibu bapa . 
Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak . Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 


Dari 18hb Mac 2017 Sehingga 20hb Mac 2017.

3 Hari 2 Malam .
Sabtu - Isnin .

Bertempat di :

Kem Iman D'Semungkis,
Jalan Taman Agroteknologi,
Batu 14 1/2 , Sg. Semungkis,
43100, Hulu Langat,
Selangor.

( Bersebelahan dengan Agrotek Garden Resort )


Peta Lokasi Kem Iman D'Semungkis.





Pemandangan Kem Iman D'Semungkis.






Penginapan Asrama Mampu Menampung Sehingga 150 Orang Peserta.
( Bantal Dan Tilam Di Sediakan Oleh Pihak Kem )





Kemudahan Bilik Mandi Dan Tandas Di Dalam Asrama.





Kemudahan Dewan Seminar.


Kemudahan Kolam Renang.


Yuran Penyertaan.

EarlyBird ( Terhad Untuk 100 Pendaftaran Terawal Sahaja )

Rm200 Seorang.

Yuran Asal : Rm250/ Seorang.

Yuran penyertaan merangkumi :

Makan Minum Peserta selama berada didalam Program KKASDS, Penginapan asrama dan kemudahan ( Bantal dan Tilam Disediakan ),  Alat Bantuan Pembelajaran, Perubatan ( Jika Demam/Masalah kesihatan sewaktu mengikuti program KKASDS, pihak penganjur akan membawa anak anda ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan ) , Aktiviti Luar / Riadah Luar ( kembara Alam / Jungle Tracking / River Tracking ) dan Lain - Lain.

Umur Penyertaan.

Pelajar Islam Berumur Dari 8 Tahun ( sekolah rendah tahun 2 ) sehingga 17 tahun ( sekolah menengah tingkatan 5 )
*
( Penyertaan peserta berusia 7 tahun akan diterima sekiranya ada adik beradik yang mengikuti dan menyertai sama KKASDS dan boleh menguruskan diri ( mandi dan memakai pakaian sendiri ).

Cara Pendaftaran :
Hubungi kami ditalian 017 - 6908486 ( talian 24 jam ) dengan memberikan butiran berikut :
Nama penuh Peserta , Umur Peserta , Nama penuh pendaftar ( ibu/bapa atau penjaga ) , Nombor Talifon Bimbit Pendaftar , sertakan bersama Saiz Baju Peserta ( Free Gift T-Shirt Khas KKASDS 2017 )
XS , S , M , L , XL , XXL .

Pendaftaran juga boleh dibuat dengan cara berikut :

017 - 690 8486 ( talian 24 jam ) panggilan sahaja .
019 - 522 5899 ( pendaftaran melalui WhatsApp ).

Halaman Milik Kafu Training Di Facebook :
Kafu Training Ent ( Halaman Utama )
Program Cuti Sekolah Kafu Training
Al Falah Resource

( Pembayaran hanya dibuat sewaktu penghantaran peserta di kem secara TUNAI sahaja )
Kami percaya kepada tuan dan puan yang telah mendaftarkan anak pasti akan tiba dengan selamat sewaktu hari program berkenaan.

Tarikh TUTUP penyertaan :
17 Mac 2017 ( jam 6 petang )


Penghantaran peserta ke kem pada hari pembukaan adalah DARI jam 10 pagi SEHINGGA JAM 12 tengahari .
Pengambilan peserta pada hari penutup adalah pada jam 6 .30 Petang  .

KEMUDAHAN :

- PENGINAPAN ASRAMA ( TILAM DAN BANTAL DISEDIAKAN , BILIK MANDI DI DALAM ASRAMA ).
- MAKAN MINUM 6 KALI SEHARI . ( sarapan pagi , minum pagi, makan tengahari , minum petang , makan malam dan minum malam.)
- ALAT BANTUAN PEMBELAJARAN .
- FASILITATOR TERLATIH .
- KAWALAN KESELAMATAN DARI PIHAK KEM .
- DEWAN SEMINAR .
- PERUBATAN ( JIKA PESERTA DEMAM SEWAKTU KEM DIJALANKAN ) 

AKTIVITI MENARIK DI SEPANJANG PROGRAM.
Sesi ceramah dari para ikon KKASDS.
Berzikir dan berselawat.
Gerak kerja berkumpulan.
Nasyid.
Latihan amali wuduk dan solat.
kelas fardu Ain.
Kelas hafazan.
Riadah pagi dan petang.
Mandi sungai/kolam renang.
Kembara alam.
Explore Race Islamik/Flashmob pentomin.
dan banyak lagi....

TENTATIF PROGRAM

( Jadual / tentatif ini adalah perancangan awal , sebarang perubahan akan di maklumkan kepada peserta sewaktu kem kkasds di jalankan kelak )

( SABTU ) hari pertama program .
Penghantaran peserta di kem ( check in ) DARI jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari . 


12.00 PM : SESI TAKLIMAT BERSAMA PARA IBU BAPA .
12.30 PM : PERPISAHAN SEMENTARA BERSAMA IBU DAN BAPA .
1.00 PM : MAKAN TENGAHARI .
1.30 PM : SOLAT ZOHOR BERJEMAAH .
2.10 PM : TA'ARUF/ICE BREAKING .
4.00 PM : MINUM PETANG .
4.50 PM : SOLAT ASAR BERJEMAAH .
5.30 PM : RIADAH PETANG BERSAMA FASILITATOR .( jika tidak hujan )
6.30 PM : MAKAN MALAM / PERSIAPAN DIRI .
7.30 PM : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH . KULIAH MAGHRIB 1 - AKHLAK .
8.30 PM : SOLAT ISYAK BERJEMAAH .
9.15 PM : PENGAJIAN FARDU AIN, WUDUK & SOLAT 
10.30 PM : MINUM MALAM .
11.30 PM : TIDUR / REHAT .

( AHAD ) hari kedua program . 


Peserta akan di bangunkan pada jam 5 pagi disetiap hari .
6.00 AM - SOLAT SUBUH / KULIAH 1 - ''ADAB DAN PERANAN SEORANG ANAK''
7.00 AM - PERHIMPUNAN PAGI / SENAMAN RINGAN - BINGKAI KEHIDUPAN .
8.00 AM - SARAPAN / PERSIAPAN DIRI .
9.00 AM  - kuliah dhuha & solat dhuha.
10.00 AM - MINUM PAGI .
10.30 AM - KEMBARA ALAM ANAK SOLEH & SOLEHAH.
12.30 PM - MAKAN TENGAHARI / PERSIAPAN DIRI .
1.30 PM - SOLAT ZOHOR .
2.15 PM - Bersama Ikon KKASDS / Penceramah Jemputan.
4.00 PM - MINUM PETANG .
4.30 PM - SOLAT ASAR .
5.15 PM - RIADAH DAN AKTIVITI PETANG BERSAMA FASILITATOR . ( jika tidak hujan )
6.30 PM - MAKAN MALAM / PERSIAPAN DIRI .
7.30 PM - SOLAT MAGHRIB / KULIAH 2 -''CINTA ALLAH DAN RASULULLAH SAW''
8.30 PM - SOLAT ISYAK .
9.15 PM - "MENITI USIA REMAJA ." 
10.30 PM - MINUM MALAM .
11.30 PM - TIDUR / REHAT .

( ISNIN ) hari ketiga program .
Peserta akan di bangunkan pada jam 5 pagi disetiap hari .
6.00 AM - SOLAT SUBUH / KULIAH 3 - ''ADAB DAN PERANAN SEORANG PELAJAR 1''
7.00 AM - PERHIMPUNAN PAGI / SENAMAN RINGAN - BINGKAI KEHIDUPAN .
8.00 AM - SARAPAN / PERSIAPAN DIRI .
9.00 AM - KULIAH DHUHA DAN SOLAT DHUHA .
10.00 AM - MINUM PAGI .
10.30 AM- EXPLORERACE ANAK SOLEH DAN SOLEHAH.
12.30 PM- MAKAN TENGAHARI / PERSIAPAN DIRI .
1.30 PM - SOLAT ZOHOR .
2.00 PM - Penghayatan Anak Soleh & Solehah
4.00 PM - MINUM PETANG .  
4.30 PM - SOLAT ASAR BERJEMAAH .
5.00 PM - PERPISAHAN BERSAMA FASILITATOR .
6.30 PM - PENYAMPAIAN SIJIL DAN MAJLIS PENUTUP KKASDS.
7.00 PM  - BERSURAI.

Barang - Barang Yang Perlu Di Bawa Oleh Peserta 

Lelaki 
1 - Pakaian yang menutup aurat . Pakaian termasuk untuk kegunaan di dalam dewan dan juga aktiviti di luar dewan .
Baju bebas lengan panjang atau pendek.
Seluar panjang , seluar tracksuit .
kain .
baju melayu. - Pakaian untuk solat , kuliah , bersukan dan kembara hutan .

2 - Kasut sukan dan selipar . Semasa kem di jalankan peserta di kehendaki memakai kasut dan berstokin . Selipar hanya di benar guna ke bilik air  untuk mandi ataupun ke surau untuk solat .

3 - Songkok atau kopiah .

4 - Selimut dan baju sejuk .

5 - Barang - barang penjagaan diri - Sabun , Syampoo , Ubat gigi dan sebagainya .

Perempuan

1 - Pakaian yang menutup Aurat . 
Baju kurung / jubah .
Bertudung . *SILA BAWA TUDUNG HITAM LEBIH UNTUK AKTIVITI DI LUAR .
Baju T shirt berlengan Panjang . Peserta di galakkan membawa Baju T shirt bewarna gelap . T SHIRT BERLENGAN PENDEK DILARANG SAMA SEKALI .
Stokin . *SILA BAWA LEBIH . PESERTA PEREMPUAN DI WAJIBKAN MEMAKAI STOKIN SERTA MENUTUP AURAT SEPANJANG MASA DI DALAM KEM .
Kasut / Sandle / Selipar . Pakaian sukan , seluar tracksuit .

2 - TELEKUNG .

3 - Barang - barang penjagaan wanita . Tuala wanita .

4 - Barang penjagaan diri - Sabun , Syampoo , Ubat gigi dan sebagainya . 

5 - Selimut dan baju sejuk .

BARANGAN YANG DI LARANG BAWA  

1 - Talifon bimbit / ipad / laptop dan seumpamanya .( SEBARANG PERLANGGARAN BARANGAN LARANGAN TERUTAMA TALIFON BIMBIT KEPADA PESERTA OLEH PARA IBU BAPA , PIHAK PENGANJUR TIDAK TERAGAK UNTUK MERAMPAS ATAU TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN .)

2 - Peralatan berbentuk senjata ( pisau lipat , parang , buku lima , tali pinggang besi atau berkepala besi dan seumpamanya .

3 - Alat solek ( bagi peserta perempuan ).

4 - Buku novel , majalah atau seumpamanya yang mengandungi unsur lucah atau percintaan.

5 - Pakaian yang keterlaluan dan tidak sopan - contoh - baju t shirt bergambar tengkorak atau sebagainya yang mempunyai lambang tidak sopan . Pakaian menjolok mata - contoh - singlet serta skirt pendek bagi peserta perempuan . 

6 - Sebarang jenis permainan elektronik atau kad perjudian . 

7 - Sebarang jenis alkohol adalah di larang . Dadah . Jika peserta membawa ubat atas nasihat doktor atau mempunyai surat pengesahan adalah di benarkan .

8 - Tidak perlu bekalkan peserta dengan 'Duit , Wang Saku' kerana yuran merangkumi makan minum , tempat tinggal peserta , kemudahan semasa berada di kem dan keperluan pengajian serta aktiviti . Tiada jualan makanan ringan di dalam kawasan kem . Jika ibu bapa ingin membekalkan juga wang saku memadai dengan rm 10 sahaja .

NOTA PENTING * ( SEBARANG PERLANGGARAN BARANGAN LARANGAN TERUTAMA TALIFON BIMBIT KEPADA PESERTA OLEH PARA IBU BAPA , PIHAK PENGANJUR TIDAK TERAGAK UNTUK MERAMPAS ATAU TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN .) 

KERJASAMA DARI PIHAK IBU BAPA AMAT - AMAT LAH KAMI HARGAI DENGAN SETINGGI UCAPAN TERIMA KASIH .

Jadi tunggu apa lagi , pendaftaran telah pun kami buka mulai dari hari ini . Cepat hubungi kami pada hari ini juga . Isilah musim cuti persekolahan anak kesayangan anda dengan ilmu dan perkara yang berfaedah serta bermanfaat .

Kita jumpa di sana!!

VISI KAMI KE ARAH JATI DIRI , KECEMERLANGAN , KEGEMILANGAN DAN PEMBENTUKAN INSAN TERBILANG .



*Gambar Fail Dari Program KKASDS ditahun - tahun sebelum ini.