Monday 4 June 2012

kem kepimpinan dan perkhemahan perdana smk la salle briekfield

Pada Tarikh 25 may 2012 , bertempat di kem Kingfisher Adventures Hulu Langat , Selangor , sekali lagi Kafu Training Ent telah menganjurkan siri "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana " . Pada kali ini sekolah yang terlibat adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Briekfield , Kuala Lumpur . Tepat pada jam 4.30 petang pelajar - pelajar ini tiba seramai 40 orang pelajar dengan di iringi oleh 3 orang petugas sukarelawan dan Guru - Guru pengiring seramai 5 orang yang di ketuai oleh Guru Penyelaras Program ( Kem komandan ) Puan / Cikgu Salwani .

Setelah sesi taklimat dan penyerahan tugas oleh guru pengiring kepada pihak Kafu Training Ent , pelajar - pelajar telah menjalani gerak kerja yang pertama iaitu pemasangan khemah di tapak perkhemahan yang di sediakan oleh pihak kem . Pelajar - pelajar ini telah di terangkan cara - cara perkhemahan yang sebenar dan mereka telah menduduki khemah ini sebagai tempat penginapan mereka selama 3 hari 2 malam .

Di sebelah malamnya pula pelajar - pelajar ini telah menjalani berbagai aktiviti yang telah di sediakan oleh pihak Kafu Training Ent bermula dari solat maghrib berjemaah serta kuliah maghrib . Seterusnya mereka telah mengikuti semua gerak kerja yang di sediakan di dalam kem kepimpinan yang di sertai oleh badan pengawas sekolah dan pelajar unit beruniform sekolah terbabit . Di antara pengisian kerohanian yang wajib di sertai oleh pelajar - pelajar terutama yang beragama islam adalah solat fardu berjemaah serta kuliah - kuliah maghrib dan kuliah subuh.

 Satu Majlis Perasmian "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana "telah di adakan pada ke esokkan harinya di mana ia telah di rasmikan oleh wakil kepada Pengetua sekolah berkenaan yang berlansung dengan jayanya dan penuh bersemangat . Juga persembahan dari para pelajar istimewa buat barisan Guru - Guru yang hadir pada majlis perasmian tersebut.
Seterusnya pelajar - pelajar ini telah mengikuti pelbagai aktiviti - aktiviti lasak serta menguji ketahanan mental serta fizikal mereka dan mereka telah di dedahkan dengan aktiviti berbentuk kerjasama kumpulan dan kepimpinan . Pelajar - pelajar ini juga telah di dedahkan cara solat di dalam keadaan darurat buat pengisian slot kerohanian mereka . Mereka juga telah di bawa mengikuti aktiviti lasak berunsur kerohanian pada sebelah malamnya di mana ketahanan mental serta keberanian mereka telah di uji pada malam tersebut.

 Pada hari terakhir "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana" pelajar - pelajar dan guru - guru pengiring telah di bawa menjalani aktiviti jungle tracking dan river tracking serta di bawa bersantai ke kawasan air terjun kem kingfisher adventures yang dingin dan nyaman . Ternyata mereka amat gembira walaupun agak kepenatan dengan perjalanan yang agak mencabar ketahanan fizikal mereka .
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya , begitulah juga dengan "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana" smk la salle briekfield yang telah berlansung dari tarikh 25 may 2012 dan telah berakhir pada 27 may 2012 . Kem kali ini telah meninggalkan kenangan yang terindah bukan sahaja kepada para pelajar serta guru pengiring malah kepada fasilitator kafu training ent sendiri. Terima kasih di ucapkan kepada semua guru - guru serta pelajar - pelajar smk la salle briekfield kerana telah memberi kepercayaan kepada pihak kafu training ent sekali lagi menganjurkan siri kem kepimpinan yang lebih mantap buat tahun 2012."Andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai ada umur yang panjang "insyaALLAH" kita akan berjumpa lagi "- di antara pantun yang di ucapkan oleh Pengarah Urusan kafu training ent di majlis perpisahan pada petang tersebut walaupun ada di kalangan pelajar yang hanya mampu menahan sebak di dalam dada di atas perpisahan ini. Sekian , Semoga bertemu lagi di lain kali . Salam maju jaya dan tahniah buat semua pelajar kerana berjaya menamatkan "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana" dengan jayanya.