Sunday 7 October 2012

Team Building Maybank Cyberjaya

Bertempat di Agrotek Garden Resort Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan . Pada hari sabtu 6 oktober 2012 , sekali lagi kafu training telah terpilih untuk menganjurkan dan menjalankan program motivasi . Kali ini kami menjalankan program " TEAM BUILDING " bersama - sama kakitangan "MAYBANK CAWANGAN CYBERJAYA" .

Bermula seawal jam 9 pagi kami telah berkumpul bersama - sama dengan para peserta di kawasan resort berkenaan dan memulakan aktiviti program selama sehari ini .


Tepat jam 10.30 pagi , para peserta terdiri dari 21 orang kakitangan Maybank cawangan Cyberjaya telah memulakan tugasan pertama gerak kerja berkumpulan yang telah Fasilitator kami sediakan . Gerak kerja bagi slot pertama ini di adakan di dalam dewan , di mana penerapan secara ringan dan santai telah di beri . Peserta - peserta juga telah di berikan barang - barang amanah sebagai simbolik program hari itu.

 Gerak kerja program "TEAM BUILDING" ini di teruskan untuk slot kedua selepas makan tengahari dan solat zohor , di mana kali ini para peserta telah menjalani aktiviti di luar dewan . Penerapan kerjasama berkumpulan juga telah di terapkan di dalam setiap aktiviti yang kami jalankan di antaranya " Blind Explore Race " , dan beberapa lagi gerak kerja berpasukan yang menguji fizikal serta mental peserta .

 Slot ke tiga bermula pada jam 5 petang hari sabtu itu setelah kami dan peserta berehat untuk minum petang yang di sediakan oleh pihak resort . Untuk slot ke tiga ini , kami menerapkan kerjasama berpasukan di dalam satu pasukan di mana sekali lagi peserta telah di uji ketahanan semangat berpasukan yang tinggi sebagai ujian terakhir kepada peserta supaya membentuk satu semangat berpasukan yang kuat . Di antara rentetan aktiviti terakhir ini di mana mereka terpaksa bergabung di bawah satu pasukan dan para fasilitator telah memainkan peranan sebagai penguji kekuatan semangat berpasukan mereka.
Slot terakhir berakhir pada jam 6 petang hari sabtu berkenaan dengan terpancar keletihan di wajah peserta - peserta pada petang tersebut . Alhamdulillah cuaca yang baik telah sedikit sebanyak membantu kami melaksanakan amanah dan tugasan yang kami berikan kepada peserta telah berjaya di lalui oleh setiap peserta walaupun cuaca yang agak panas pada sebelah petangnya.

Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan Maybank cawangan Cyberjaya kerana telah memilih kami selaku penganjur dan melaksanakan program " TEAM BUILDING KAKITANGAN MAYBANK CYBERJAYA " yang akhirnya tamat di sempurnakan pada jam 6.30 petang dan di akhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada para peserta dan kumpulan terbaik program . Bagi kami Tuan - Tuan dan Puan - Puan semua adalah juara . Terima kasih juga buat pihak Agrotek garden Resort kerana menyediakan tempat yang menarik serta makanan yang lazat sepanjang program kami di sana . Jutaan terima kasih juga buat Boss Maybank cawangan Cyberjaya yang begitu " SPORTING " menjalani kesemua aktiviti yang kami sediakan yang ber motto kan " Redha dan Tawakal " terhadap apa jua aktiviti yang kami sediakan walaupun terpaksa melalui beberapa kawasan yang mencabar termasuk terpaksa memasuki sungai yang dalam paras dada . Tahniah! Tahniah! Tahniah!