Thursday 26 April 2012

perkhemahan perdana dan kepimpinan SAMTTAJ

Satu kem yang memberi kenangan terindah buat kami di kafu training ent bagi tahun 2012 adalah "Kem Perkhemahan Perdana Dan Kepimpinan SAMTTAJ" yang telah berlansung selama 3 hari 2 malam yang di isi dengan jadual yang padat. Kem yang telah di hadiri oleh pelajar - pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah , S.Alam , Selangor ini telah di sertai oleh 85 orang pelajar.


Di dalam kem kali ini pelajar - pelajar telah di praktikkan dengan cara-cara perkhemahan dan duduk di dalam khemah . Jadual yang padat mengisi pengisian mereka selama 3 hari.

 Pelajar - pelajar bukan sahaja terlibat di dalam aktiviti di dalam dewan malah terlibat juga dengan aktiviti - aktiviti "out door" yang menguji ketahanan fizikal serta mental mereka . Mereka juga di isi dengan pengisian kerohanian di sepanjang sesi perkhemahan .



Sememangnya tiada kata - kata yang mampu menggambarkan akan kenangan yang amat indah bila bersama - sama dengan pelajar - pelajar ini . Semoga bertemu di lain kali . Jutaan terima kasih buat Guru - Guru yang sudi bersama mengiringi pelajar di dalam semua aktiviti yang di jalankan. Anda semua adalah kenangan terindah kami.

kepimpinan dan akademik SAMTEN

"kem kepimpinan dan akademik" bagi tahun 2012 di mulai oleh Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN) , Selangor .

 Di antara aktiviti - aktiviti yang di sertai pelajar adalah night walk dan jungle tracking adventure.
Pelajar - pelajar di kumpulkan di dalam dewan sebelum di berikan barang - barang amanah dan menyanyikan lagu tema kem Kafu training ent sebelum pelajar - pelajar di bawa mengikuti aktiviti night walk.



 Majlis perpisahan yang terindah buat fasilitator - fasilitator kafu training ent yang bertugas pada kem tersebut . Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan sesudahnya.
Suatu kenangan yang terindah buat kafu training ent bila di beri peluang bersama - sama dengan pelajar - pelajar SAMTEN bagi tahun 2012. Semoga bertemu lagi di lain kali.

Kem Rehlah Ukhuwah Kafa Izzatul Islamaih siri 2/2011

Satu siri "Kem Rahlah Ukhuwah & Majlis Perpisahan Pelajar dan Guru" kafa Izzatul Islamiah P.Jaya , Selangor telah di adakan bersama- sama dengan kafu training ent bagi sesi kedua di tahun 2011 . Kem ini adalah lanjutan ukhuwah diantara dua institusi pendidikan yang telah terjalin sejak tahun 2010. Kali ini kem Rehlah Ukhuwah telah di jalankan sepenuhnya oleh Kafu Training ent bertempat di Kingfiher Adventures H.Langat , Selangor selama 3 hari 2 malam.

 kem yang telah berlansung dari hari sabtu hingga ke hari isnin ini telah di isi dengan berbagai aktiviti termasuk sukanika di antara guru dan pelajar. Di antara pengisian kem ini ialah mendedahkan para pelajar yang terdiri dari pelajar tahun enam akan alam persekolahan ketika di sekolah menengah dan mendedahkan pelajar erti keterampilan diri .

 Di dalam kem Rehlah Ukhuwah ini juga telah terbahagi kepada 3 sesi slot iaitu slot pendedahan kerohanian dan ketahanan fizikal , slot kecemerlangan dan slot ukhuwah di mana pelajar di beri peluang bergaul mesra dengan guru-guru mereka sebelum majlis perpisahan di jalankan .
Puan Guru Besar yang sentiasa bersama - sama pelajar di dalam semua aktiviti yang di jalankan oleh kafu training ent di sepanjang kem tersebut.

 Diantara aktiviti-aktiviti santai dan riadah yang di sertai oleh pelajar di sepanjang kem rehlah ukhuwah. 
Rehlah dan ukhuwah :) dua istilah yang membawa maksud seumpama riadah santai dan menjalinkan silaturahim , terserlah keakrapan dua peneraju utama kedua institusi pendidikan ini .


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya , begitulah jua dengan kem ini yang melibatkan dua perpisahan yang berlaku di dalam 1 masa . Pertama perpisahan kecil iaitu perpisahan di antara kami dengan pelajar - pelajar dan guru - guru kafa izzatul islamiah dan yang kedua , perpisahan besar iaitu di antara Guru - guru dan pelajar - pelajar mereka . Jika selama 6 tahun mereka bersama , akhirnya terpaksa berpisah demi merelakan perjuangan masing - masing di dalam mencari ilmu demi masa hadapan. Semoga bertemu lagi.