Kafu Training ( 002041645 - M ) about us.

Logo rasmi Kafu Training & Consultancy .

LATAR BELAKANG

KAFU ( KERANA ALLAH FISSABILILLAH UTAMANYA )
Berasaskan dari gabungan rakan karib , kami memulakan program – program motivasi di sekitar negeri SELANGOR DARUL EHSAN dan KUALA LUMPUR .

KAFU TRAINING adalah satu konsultan penganjur serta menjalankan program dan latihan motivasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) sebagai sebuah syarikat Konsultan . Kekuatan 

KAFU TRAINING terletak kepada latarbelakang , pengalaman , cara pendekatan dan cara penyampaian tersendiri pasukan KAFU TRAINING dalam mengendalikan program – program motivasi .

OBJEKTIF

KAFU TRAINING di tubuhkan dari atas kesedaran dan rasa terpanggil oleh Pemilik dan rakan – rakan bagi menganjurkan program – program motivasi , team building dan bengkel – bengkel berkaitan kerohanian kerana sedar betapa pentingnya pembangunan insaniah  di kalangan pelajar – pelajar  Malaysia .

KAFU TRAINING juga menjalankan dan mengendalikan program – program motivasi , kepimpinan pelajar , ‘team building’ , motivasi santai , program kecemerlangan pelajar , program ibadah ( smart solat ) ,  program pengisian musim cuti persekolahan dan lain – lain program berkaitan dengan pembangunan insaniah . Kafu training juga terlibat di dalam menjalankan aktiviti – aktiviti lasak  di antaranya ialah kembara hutan ( jungle tracking ), meredah sungai dan kawasan jeram ( river tracking ), merentas kawasan berhalangan ( obstacle course ) dan kembara malam ( Night walk )

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran KAFU TRAINING adalah merangkumi pelajar – pelajar Pusat Pengajian Tinggi Awam / Swasta , pelajar – pelajar sekolah , persatuan - persatuan unit beruniform , pertubuhan – pertubuhan belia dan bukan kerajaan dan orang ramai amnya.



VISI KAMI
KE ARAH JATI DIRI , KECEMERLANGAN ,
KEGEMILANGAN
 DAN
PEMBENTUKKAN INSAN TERBILANG .

Visi yang kami masih kekalkan di Kafu Training  sehingga kini.

BAHAGIAN
Program – program yang di anjurkan dan di jalankan oleh KAFU TRAINING terbahagi kepada beberapa bahagian , di antaranya :-

1 – MOTIVASI.
Program motivasi yang di jalankan di pecahkan kepada beberapa jenis bergantung kepada entity peserta yang mengikuti program . Contohnya kecemerlangan akademik , prestasi akademik pelajar dan sahsiah . Contoh program yang di jalankan adalah motivasi Solat , kem ibadah , kem kecemerlangan anak soleh dan solehah , dan kem kecemerlangan serta pengukuhan UPSR , PSRA , PMR , SMA , SPM dan STAM .

2 – KEPIMPINAN.
Pengetahuan memimpin dan menguruskan kepimpinan adalah amat penting untuk di terapkan di dalam diri setiap insan.  Sebagaimana Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang di beritahu oleh Ibnu Amri : “ Setiap seorang itu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab di atas orang yang di pimpinnya . Seorang lelaki menjadi pemimpin kepada keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka . Seorang isteri adalah pemimpin kepada rumah suaminya dan dia bertanggungjawab ke atasnya . Seorang hamba adalah pemimpin kepada harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atasnya .” Hadith Riwayat Al Bukhari . Di antara semangat kepimpinan yang boleh di terapkan kepada pelajar – pelajar sekolah adalah KEPIMPINAN Islam , kepimpinan ketua pelajar , kepimpinan pengawas , kepimpinan ahli persatuan sekolah dan kepimpinan pelajar secara keseluruhannya serta jati diri .

3 – TEAMBUILDING .
Program ini biasanya sesuai untuk pelajar – pelajar Pusat Pengajian Tinggi (IPT) , persatuan – persatuan belia , badan bukan kerajaan , persatuan berunifom dan kakitangan kerajaan serta korporat . Program ini menekankan semangat bekerjasama di dalam satu pasukan , kesefahaman , kepimpinan , kepercayaan dan semangat persaudaraan di dalam satu pasukan .

4 – Kem pengisian cuti penggal persekolahan .
Ini adalah satu program bersifat kerohanian ala “ Summer Camp “ khusus buat pelajar – pelajar sekolah dan remaja di mana kem ini di adakan di setiap musim cuti persekolahan yang berfokuskan pembangunan kerohanian dan kekeluargaan . Pengkhususan terhadap ibadah solat dan pengajian Al Quran di samping kesinambungan aktiviti – aktiviti riadah serta pengisian ke arah kecemerlangan dan pembentukkan sahsiah diri . Contoh kem musim cuti sekolah ini ialah Kem kecemerlangan anak soleh dan solehah ( KKASDS ) dan Kem meniti usia remaja( M.U.R ).



Visual

PENGALAMAN .

1 – Kem Motivasi Teambuilding dan Kepimpinan SMK Seri Sendayan – 2010
2 – Kem Orentasi Optometri UITM Pncak Alam – 2010
3 - Kem Rehlah Ukhuwah Madrasah Ar Rasyid – 2010
4 – Rehlah Ukhuwah Kafa Izatul Islamiah – 2010
5 – Kem Kepimpinan dan Teambuilding SMK La Salle Briekfield – 2010 dan 2012 .
6 – Kem Kepimpinan dan Teambuilding St John Ambulance – 2011
7 – Kem Teambuilding Masterskill Universiti – 2011
8 – Kem Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Tamil Vivekananda Briekfield – 2011
9 – Kem Teambuilding Kolej Jasmin UITM Puncak Perdana – 2011
10 – Kem Pengukuhan PSRA Kafa Izatul Islamiah – 2011
11 – Kem Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul  – 2011
12 – Kem Kepimpinan dan Akademik Sekolah Agama Menengah Hulu Langat – 2012
13 – Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tuanku Ampuan Jemaah ( SAMTTAJ )  - 2012
14 – Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Tua – 2012
15 – Kem Teambuilding “ Sport Club “ UNITEN – 2012
16 – Kem Rehlah Ukhuwah Pertubuhan Ikram Siswa United Kingdom dan Ireland – 2012
17 – Kem Rehlah Ukhuwah IPGKPI Bangi – 2012
18 – Kem Santai Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang – 2012
19 – Kem Rehlah Ukhuwah B8 dan R2 UITM Puncak Alam – Januari 2013
20 – Kem Teambuilding Pelajar Kejuruteraan UTM K.L – Febuari 2013
21 – Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang – Mac 2013
22 – Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah kkasds 2013 – November – Disember 2013


Jika ada sebarang pertanyaan atau keperluan untuk perbincangan , sila hubungi kami seperti di berikut : 017 690 8486.

MAKLUMAT TERPERINCI

Nama Konsultan : KAFU TRAINING & CONSULTANCY ( enterprise ).

Nombor Pendaftaran : 002041645 – M.

Nombor Talifon : 017 690 8486 .

Alamat Surat Menyurat :
No 7 , Jalan Sentosa 18 , Taman Desa Sentosa , Dusun Tua , 43100 , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .

Alamat Kem / Pusat Latihan :
Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .


Web Site : http//wwwkafutrainingent.blogspot.com

Laman  Facebook : Kafu Training Ent / Page @ facebook.com