Sunday 5 October 2014

KEM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2014 KAFU TRAINING


ALHAMDULILLAH.







ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau menganut agama majusi."
(Muttafaq ‘alaih)

KEM KECEMERLANGAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

KKASDS AKHIR TAHUN 2014 TELAH TAMAT DENGAN 
JAYANYA .

Pada cuti sekolah hujung tahun 2014 yang lalu, pihak kafu training telah berjaya menjalankan dua sesi siri KKASDS dimulakan dengan sesi 1 selama 8 hari 7 malam . Sambutan yang amat - amat menggalakkan terutama datangnya dari negeri johor, pntai timur dan utara menjadikan program KKASDS sesi 1 di antara sesi yang terbaik dalam tahun tahun 2014 .


Berikut adalah beberapa paparan gambar sewaktu program sesi 1 dijalankan .
























Berikut adalah paparan gambar sewaktu sesi 2 selama 6 hari 5 malam pula .








Sehingga bertemu di siri KKASDS tahun 2015, sekalung ucapan jutaan terima kasih kepada kesemua ibu bapa dan peserta yang menyertai KKASDS akhir tahun 2014. Terima kasih tidak terhingga kepada para ibu bapa yang tidak putus memberi sokongan kepada pihak kafu training untuk menjalankan program Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah KKASDS ini. 

Kullu am wa antum bilkheir...syukran. 

VISI KAMI KE ARAH JATI DIRI , KECEMERLANGAN , KEGEMILANGAN DAN PEMBENTUKAN INSAN TERBILANG .

PERKHEMAHAN PERDANA SKBBS KUALA LUMPUR .

Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Pada tarikh 12 september 2014 yang lalu telah berlansungnya program perkhemahan perdana badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul , Kuala Lumpur dengan kekuatan anggota seramai 78 orang pelajar telah berprogram dengan kami selama 2 hari 1 malam .



Seperti biasa pelbagai pengisian dan penerapan yang kami perkongsikan bersama pelajar - pelajar yang terdiri dari ahli persatuan pengakap , kadet remaja sekolah , persatuan bulan sabit merah , puteri islam dan banyak lagi . Antaranya berkaitan kepimpinan , jatidiri dan kerohanian . Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam itu juga melibatkan aktiviti di waktu malam serta kembara alam .



Satu slot tambahan yang kebiasaannya kami perkongsikan pada program cuti sekolah dan program remaja anjuran kami iaitu " motivasi dari palestin " juga telah kami perkongsikan kepada pelajar - pelajar ini sebagai pengetahuan umum dan membangkitkan semangat motivasi dikalangan pelajar .



Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam oleh lensa kamera fasilitator bertugas sewaktu program .



















Insya Allah , andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai ada nyawa yang panjang , insya Allah di lain tahun kita bertemu lagi .



Setinggi ucapan terima kasih dari kami di kafu training kepada pihak sekolah terutama Guru Besar , Guru Penolong kanan , Guru Penaung Program , Barisan Guru Pengiring dan khususnya kepada pelajar - pelajar SKBBS kerana memilih kami selaku konsultan yang menjalankan program ini secara sepenuhnya sehingga tamat pada jam 5 petang 13 september 2014 .

Sunday 20 July 2014

KEM CUTI SEKOLAH BULAN SEPTEMBER 2014 KAFU TRAINING

ALHAMDULILLAH...


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA .

PROGRAM PENGISIAN MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN KEM KECEMERLANGAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH KKASDS EDISI KHAS CUTI PERSEKOLAHAN SEPTEMBER 2014 . 




Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau agama menganut agama majusi."
(Muttafaq ‘alaih)

Pada cuti persekolahan bulan september baru - baru ini , kami sekali lagi telah menjalankan program pengisian musim cuti persekolahan anjuran kami di setiap cuti penggal persekolahan iaitu " kem kecemerlangan anak soleh dan solehah KKASDS " bagi siri 2014 edisi khas bulan september 2014 . Alhamdulillah dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu dan bapa , kami telah menerima ramai penyertaan bagi edisi khas ini yang datangnya dari jauh termasuk dari kelantan dan terengganu .


kem selama 3 hari 2 malam ini juga telah berlansung di tempat yang sama seperti kem edisi cuti sekolah sebelum ini iaitu di KEM IMAN D'SEMUNGKIS HULU LANGAT , SELANGOR .



Kehadiran para ibu dan bapa bersama kaum keluarga pada hari penghantaran peserta telah menyemarakkan majlis perasmian serta taklimat yang telah sempurna dirasmikan oleh ikon tetap KKASDS iaitu Saudara Nor Firdaus Norzaini . 

Kehadiran para ibu dan bapa pada hari penghantaran peserta sewaktu majlis taklimat program dan majlis perasmian program kkasds edisi khas baru - baru ini .

Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh ikon tetap KKASDS iaitu saudara Nor Firdaus Norzaini .

Program yang berteraskan pengisian kerohanian serta pembentukan sahsiah diri ini telah berlansung selama 3 hari 2 malam seperti yang telah di rancang . Peserta kkasds telah menjalani berbagai pengisian walaupun program yang dijalankan dalam waktu yang singkat .






Sebahagian dari gambar yang telah dirakamkan sewaktu program berjalan selama 3 hari 2 malam dari lensa kamera fasilitator bertugas di sepanjang kkasds edisi khas . Lebih banyak gambar berkaitan boleh didapati di laman facebook rasmi kami kafu training / page @facebook.com

Peserta juga dibawa beriadah waktu petang bermain air sungai didalam kawasan kem yang dikawal serta dipantau sepenuhnya oleh fasilitator bertugas .

Pelbagai pengisian bercorak kerohanian serta pembinaan akhlak telah dijalani oleh para peserta bermula dari hari pertama sehingga ke hari terakhir program . Peserta juga telah menjalani aktiviti latihan amali wuduk serta amali solat sewaktu program dijalankan . Insya Allah , program kkasds ini akan bersambung pula pada edisi cuti sekolah hujung tahun 2014 dan seperti kebiasaannya program kkasds edisi hujung tahun ini akan kami jalankan selama 8 hari 7 malam agar dapat diperbanyakkan lagi perkongsian serta penyampaian kepada peserta yang menyertai program terbesar anjuran kami ini .

Ibu dan bapa yang berminat untuk menghantar anak kesayangan ke dalam program kkasds ini boleh terus mengikuti iklan dan hebahan maklumat samada dari laman rasmi blog kami ini mahupun laman rasmi facebook milik kami diantaranya ialah facebook rasmi kafu training dan juga facebook terbaru kami iaitu " program cuti sekolah kafu training " yang kami wujudkan khusus untuk tujuan pengiklanan berkenaan program kkasds ini .

Semoga bertemu di edisi kkasds yang lain , akhir kata , kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa yang terus menerus memberikan sokongan terhadap program kerohanian yang kami anjurkan samada dimusim cuti persekolahan mahupun bersama pihak sekolah yang membuat permintaan agar kami menjalankan program bersama pelajar - pelajar mereka . Semoga bertemu lagi . Insya Allah .



PROGRAM KEM KECEMERLANGAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH KKASDS YANG SETERUSNYA - EDISI HUJUNG TAHUN 2014 - 29 NOVEMBER 2014 SEHINGGA 6 DISEMBER 2014 - 8HARI 7 MALAM . DAFTARLAH SEGERA SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN DAN MASA .

Thursday 10 April 2014

KEM CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2014 KAFU TRAINING

 MARI JADIKAN CUTI SEKOLAH KALI INI MASA TERBAIK UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!



Alhamdulillah , siri KKASDS 2014 bagi cuti persekolahan pertengahan tahun telah selamat berjalan seperti yang di rancang . Peserta yang datang dari negeri Terengganu , Pahang , Pulau Pinang , Kedah dan kawasan berhampiran negeri Selangor menyertai program KKASDS sesi pertengahan tahun ini . 


Perasmian program KKASDS 2014 telah sempurna dirasmikan oleh yang berbahagia Ustazah Nur Aqidah Mawardi dari rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis .

Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau agama menganut agama majusi."
(Muttafaq ‘alaih)





INSYA ALLAH, PROGRAM TAHUNAN YANG DIANJURKAN OLEH KAFU TRAINING AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN 2014 INI DI SETIAP CUTI PERSEKOLAHAN , DI Atas PERMINTAAN  RAMAI IBU BAPA SERTA PELAJAR Dari Seluruh Malaysia . Sebuah program yang berbentuk Kem Ibadah DAN PEMBINAAN SAHSIAH DIRI khusus buat pelajar dari usia 8 tahun sehingga 17 tahun beragama Islam serta terbuka kepada seluruh pelajar dari semenanjung Malaysia . 



Pada cuti persekolahan pertengahan tahun ini kami mengadakan selama 5 hari 4 malam dan membawa beberapa orang IKON KKASDS yang biasanya kami tampilkan cuma di musim cuti persekolahan hujung tahun , tetapi kami bawakan ke musim cuti persekolahan pertengahan tahun 2014 khas dan istimewa buat semua peserta - peserta program KKASDS 2014 tahun ini sebagai bonus tambahan dalam mengikuti setiap aktiviti dan pengisian yang kami jalankan sepanjang program .


Sebahagian dari peserta KKASDS pertengahan tahun sedang menjalani riadah petang .





Antara sebahagian dari pengisian yang telah dijalani oleh para peserta KKASDS kali ini ialah berkaitan solat , wuduk , menghafaz surah Al Quran dan banyak lagi .






















FREE PALESTINE , FREE SYRIA , FREE EGYPT .
#PRAYFORMH370.
#PRAYFORGAZA.
#PRAYFORSYRIA.
#PRAYFORMH17.









Sunday 30 March 2014

KKASDS SESI CUTI SEKOLAH AWAL TAHUN 2014

ASSALAMUALAIKUM.

ALHAMDULILLAH , SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT , SEBUAH PROGRAM ANJURAN KAMI DI SETIAP MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN TELAH PUN TAMAT DENGAN JAYANYA BARU - BARU INI . KEM SELAMA 3 HARI 2 MALAM YANG BERLANSUNG DARI 22 MAC 2014 SEHINGGA 24 MAC 2014 KALI INI TELAH DI SERTAI OLEH PESERTA YANG DATANGNYA DARI SEKITAR SELANGOR , KUALA LUMPUR , PERAK DAN PAHANG .

PENCERAMAH DAN FASILITATOR BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PESERTA KKASDS SESI AWAL TAHUN 2014 BARU - BARU INI .
DI ANTARA PENGISIAN YANG DI TEKANKAN SEPANJANG KEM 3 HARI 2 MALAM IALAH BERKENAAN IBADAH SOLAT , BERKAITAN AURAT , BATASAN PERGAULAN DAN SAHSIAH AKHLAK DIKALANGAN ANAK - ANAK .

KKASDS KALI INI TURUT JUGA DI SERTAI OLEH PENCERAMAH TETAP KKASDS IAITU SAUDARA NOR FIRDAUS YANG TELAH TURUT SAMA BERSAMA PESERTA BERKAMPUNG DI KEM IMAN D'SEMUNGKIS SELAMA 2 HARI SERTA BERSAMA MENGIKUTI AKTIVITI KEMBARA ALAM PARA PESERTA .
SELAIN DARI BERKAITAN AKHLAK , PARA PESERTA JUGA TELAH MENJALANI KELAS HAFAZAN BESERTA TERJEMAHAN DI MANA PESERTA TELAH BERJAYA MENGHAFAZ SURAH AL FATIHAH BESERTA TERJEMAHANNYA DENGAN AMAT BAIK WALAUPUN DALAM MASA YANG SINGKAT .

INSHA ALLAH , KKASDS AKAN KEMBALI LAGI PADA MUSIM CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2014 , DIMANA PROGRAM INI AKAN DI JALANKAN SELAMA 5 HARI 4 MALAM SEBANYAK DUA SESI PENGAMBILAN . PARA IBU BAPA YANG BERMINAT BOLEH TERUS MENGIKUTI IKLANNYA DI LAMAN BLOG KAMI INI MAHUPUN DI HALAMAN FACEBOOK KAMI KELAK . PENDAFTARAN AWAL BAGI MEMUDAHKAN MENDAPAT TEMPAT KE PROGRAM YANG BUKAN SEKADAR KEM BIASA INI .

SEHINGGA BERTEMU LAGI , SEKIAN TERIMA KASIH .

SEBAHAGIAN PARA IBU BAPA DI WAKTU HARI PENUTUP DAN PENGAMBILAN PESERTA KKASDS SESI AWAL TAHUN 2014 BARU - BARU INI .

LEBIH BANYAK GAMBAR BOLEH DI DAPATI DI HALAMAN FACEBOOK RASMI KAMI KAFU TRAINING ENT DAN JUGA DI SALURAN YOUTUBE .