Sunday 20 July 2014

KEM CUTI SEKOLAH BULAN SEPTEMBER 2014 KAFU TRAINING

ALHAMDULILLAH...


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA .

PROGRAM PENGISIAN MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN KEM KECEMERLANGAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH KKASDS EDISI KHAS CUTI PERSEKOLAHAN SEPTEMBER 2014 . 




Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau agama menganut agama majusi."
(Muttafaq ‘alaih)

Pada cuti persekolahan bulan september baru - baru ini , kami sekali lagi telah menjalankan program pengisian musim cuti persekolahan anjuran kami di setiap cuti penggal persekolahan iaitu " kem kecemerlangan anak soleh dan solehah KKASDS " bagi siri 2014 edisi khas bulan september 2014 . Alhamdulillah dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu dan bapa , kami telah menerima ramai penyertaan bagi edisi khas ini yang datangnya dari jauh termasuk dari kelantan dan terengganu .


kem selama 3 hari 2 malam ini juga telah berlansung di tempat yang sama seperti kem edisi cuti sekolah sebelum ini iaitu di KEM IMAN D'SEMUNGKIS HULU LANGAT , SELANGOR .



Kehadiran para ibu dan bapa bersama kaum keluarga pada hari penghantaran peserta telah menyemarakkan majlis perasmian serta taklimat yang telah sempurna dirasmikan oleh ikon tetap KKASDS iaitu Saudara Nor Firdaus Norzaini . 

Kehadiran para ibu dan bapa pada hari penghantaran peserta sewaktu majlis taklimat program dan majlis perasmian program kkasds edisi khas baru - baru ini .

Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh ikon tetap KKASDS iaitu saudara Nor Firdaus Norzaini .

Program yang berteraskan pengisian kerohanian serta pembentukan sahsiah diri ini telah berlansung selama 3 hari 2 malam seperti yang telah di rancang . Peserta kkasds telah menjalani berbagai pengisian walaupun program yang dijalankan dalam waktu yang singkat .






Sebahagian dari gambar yang telah dirakamkan sewaktu program berjalan selama 3 hari 2 malam dari lensa kamera fasilitator bertugas di sepanjang kkasds edisi khas . Lebih banyak gambar berkaitan boleh didapati di laman facebook rasmi kami kafu training / page @facebook.com

Peserta juga dibawa beriadah waktu petang bermain air sungai didalam kawasan kem yang dikawal serta dipantau sepenuhnya oleh fasilitator bertugas .

Pelbagai pengisian bercorak kerohanian serta pembinaan akhlak telah dijalani oleh para peserta bermula dari hari pertama sehingga ke hari terakhir program . Peserta juga telah menjalani aktiviti latihan amali wuduk serta amali solat sewaktu program dijalankan . Insya Allah , program kkasds ini akan bersambung pula pada edisi cuti sekolah hujung tahun 2014 dan seperti kebiasaannya program kkasds edisi hujung tahun ini akan kami jalankan selama 8 hari 7 malam agar dapat diperbanyakkan lagi perkongsian serta penyampaian kepada peserta yang menyertai program terbesar anjuran kami ini .

Ibu dan bapa yang berminat untuk menghantar anak kesayangan ke dalam program kkasds ini boleh terus mengikuti iklan dan hebahan maklumat samada dari laman rasmi blog kami ini mahupun laman rasmi facebook milik kami diantaranya ialah facebook rasmi kafu training dan juga facebook terbaru kami iaitu " program cuti sekolah kafu training " yang kami wujudkan khusus untuk tujuan pengiklanan berkenaan program kkasds ini .

Semoga bertemu di edisi kkasds yang lain , akhir kata , kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa yang terus menerus memberikan sokongan terhadap program kerohanian yang kami anjurkan samada dimusim cuti persekolahan mahupun bersama pihak sekolah yang membuat permintaan agar kami menjalankan program bersama pelajar - pelajar mereka . Semoga bertemu lagi . Insya Allah .



PROGRAM KEM KECEMERLANGAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH KKASDS YANG SETERUSNYA - EDISI HUJUNG TAHUN 2014 - 29 NOVEMBER 2014 SEHINGGA 6 DISEMBER 2014 - 8HARI 7 MALAM . DAFTARLAH SEGERA SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN DAN MASA .