Sunday 15 January 2012

kem kecemerlangan anak2 soleh dan solehah 2012

Kem kecemerlangan anak - anak soleh dan solehah 2012 .
Tarikh kem : 4 dan 5 febuari 2012 . 
lokasi kem : Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .
Tarikh tutup pendaftaran : 30 januari 2012 .
Had umur penyertaan :
tumpuan utama kepada pelajar berusia 12 tahun ke 17 tahun namun terbuka juga kepada pelajar berusia 9 tahun hingga 18 tahun jika berminat untuk menyertai.
Yuran penyertaan : Rm70.00 seorang . 
( diskaun kepada peserta yang ada adik beradik turut sama menyertai).
Cara pendaftaran : email ke kafutraining@yahoo.com untuk mendapatkan borang - borang pendaftaran .
Matlamat kem : mengisi cuti hujung minggu persekolahan dengan perkongsian ilmu dan aktiviti bermanafaat kepada pelajar . memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri - ciri untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kekuatan kerohanian dalam mencapai kejayaan . Ber ''Ibadah'' sambil beriadah. 
Pelajar - pelajar juga akan di beri pendedahan tentang pendekatan pembelajaran melalui cara kaedah kerohanian . Peljar - pelajar juga akan di kongsikan pengalaman - pengalaman para fasilitator dalam pengajian mereka di pusat - pusat pengajian tinggi dan matlamat sebenar seorang pelajar yang cemerlang .  
Bermacam aktiviti yang menarik di sediakan sebagai antara pengisian program ini , di antaranya slot ceramah kecemerlangan , slot ibadah di mana pelajar akan di bawa mengikuti Qiamullail dan slot penghayatan bagi mengenali erti sebenar kehidupan serta matlamat / visi sebagai seorang pelajar , seorang anak dan seorang insan cemerlang  .

Wednesday 11 January 2012

Team Building dan Rehlah Ukhuwah

"Mengharungi samudera kehidupan , kita ibarat para pengembara , hidup ini adalah satu perjuangan , tiada masa untuk berpangku tangan . Setiap titis peluh dan darah , tak akan di sirna di telan masa , seguris luka di jalan Allah akan menjadi saksi pengorbanan . Allah Ghayatuna , Ar Rasul Ghudduwatuna , Al - Quran Dhusturuna , Al - Jihadu Sabilluna ,  Al - Mauqtufi Sabilillah , Asma Amanina , Allah adalah tujuan kami , Rasulullah teladan kami , Al - Quran pedoman kami , jihad adalah jalan juang kami , mati dijalan Allah adalah cita - cita kami tertinggi." Lagu yang berkumandang di sepanjang perjalanan sekumpulan pelajar - pelajar yang berpengajian di seluruh United Kingdom yang telah di kumpulkan oleh pertubuhan ikram malaysia ( KBmjim ) . Sekali lagi Kafu Training Ent di beri penghormatan untuk menjalankan aktiviti - aktiviti dan mengendalikan program berkenaan .

Di antara beberapa fakta menarik di dalam program dan aktiviti bersama pelajar - pelajar ini ialah mereka menharungi perjalanan kira - kira 5 km ke tempat aktiviti kembara , Di mana mereka telah di bawa seolah - olah merasai dan mengingati sedikit sebanyak sebagaimana perjalanan para nabi - nabi dan para anbia' dalam perjalanan menyiarkan islam kesegenap pelusuk dunia suatu masa dahulu.

 Berhenti rehat sejenak di kawasan check point yang tersedia di kawasan kembara kem . 

 Mereka juga terpaksa melalui beberapa kawasan berhalangan ketika dalam perjalanan pulang ke  kem .




Setelah berpenat lelah melepasi halangan - halangan yang di sediakan , pelajar - pelajar ini telah beriadah dan berendam di dalam kedinginan air sungai di kawasan kem di mana mereka juga telah di berikan 1 tugasan khas oleh Pengarah Urusan Kafu Training Ent sebelum mereka berjalan kaki semula sejauh 5 km ke tempat penginapan mereka . Terima kasih kepada yang terlibat dan ini sememangnya menjadi satu kenangan terindah buat kami di Kafu Training Ent.

Program Belia 1 Malaysia bersama pelajar Antarabangsa UNITEN

Satu program yang melibatkan pelajar - pelajar antarabangsa dari sebuah ipts telah di adakan dengan berb agai aktiviti termasuk aktiviti lasak siang dan malam . Program ini telah di sertai hampir 100 orang pelajar dari pelbagai negara yang di bawa oleh UNITEN dan telah mengikuti semua aktiviti yang di kendalikan oleh Kafu Training Ent .

 Antara aktiviti kembara yang di jalankan pada sebelah petang yang di sertai oleh pelajar - pelajar ini.

 Program yang hanya di sertai oleh 6 orang pelajar perempuan di dalam kumpulan pelajar lelaki yang hampir 100 orang. Tetap ceria walaupun agak kepenatan mendaki bukit yang curam dan melalui beberapa kawasan yang mencabar.

Di antara aksi - aksi ketua pelajar yang merangkap ketua program yang di lantik , sentiasa ceria walaupun kepenatan dalam aktiviti kembara lasak yang di sertai .
Di antara aksi - aksi pelajar antarabangsa di dalam aktiviti lasak merentas kawasan berhalangan  yang mencabar tahap fizikal dan mental pelajar yang menyertainya.



 Aksi - aksi pelajar - pelajar perempuan yang sentiasa ceria melalui halangan - halangan yang tersedia .

 Selepas penat melalui beberapa kawasan yang berhalangan , pelajar - pelajar terpaksa mendaki bukit pula untuk pulang ke kawasan kem .
Majlis perpisahan di serikan lagi oleh majlis penyampaian sijil kepada pelajar dan penyampaian hadiah . Kafu Training Ent juga telah di berikan penghargaan oleh pihak UNITEN di dalam menjalankan program mereka yang berlansung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kingfisher Adventures Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan . Terima Kasih kami ucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Monday 9 January 2012

Perkhemahan unit beruniform St . John Ambulance Selangor



Sebuah penghargaan telah di berikan kepada Kafu Training Ent oleh persatuan St. John Ambulance Selangor apabila kami di berikan kepercayaan untuk menganjurkan dan menjalankan sepenuhnya Kem Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Team Building bersama kira - kira 120 pelajar yang menganggotai pertubuhan berkenaan yang di iktiraf di peringkat negeri Selangor . Program yang telah berjalan selama 3 hari 2 malam tersebut yang telah di hadiri pegawai - pegawai tertinggi pertubuhan berkenaan di penuhi dengan bermacam pengisian dan aktiviti yang berkaitan dengan pertubuhan berkenaan . Seramai 5 orang fasilitator kami yang bertugas pada program tersebut termasuklah seorang daripadanya adalah dari unit perubatan kami .

 Berbagai jenis bentuk latihan dan gerak kerja yang kami sediakan termasuklah aktiviti pertolongan cemas dan aktiviti menyelamatkan mangsa bencana .Satu ujian kecekapan pertolngan cemas juga telah kami adakan kepada pelajar - pelajar ini yang telah di hakimi oleh para pegawai tinggi pertubuhan berkenaan dan satu ujian ketahanan fizikal juga telah di adakan sepanjang program berkenaan . Semua aktiviti yang di jalankan oleh kami telah mendapat kelulusan oleh ketua pertubuhan St . John Ambulance dan di beri pengiktirafan selaku penganjur di peringkat negeri oleh Beliau .
 Tetap ceria walaupun terpaksa melalui bermacam jenis latihan dan ujian yang kami sediakan di sepanjang program termasuklah aktiviti kecemasan pada waktu malam dimana pelajar - pelajar ini telah kami bangunkan dari tidur secara mengejut tepat pada jam 3 pagi dan terpaksa meredah kawasan berlumpur untuk menyelamatkan subjek yang kami letakkan di dalam ujian pertolongan cemas di waktu malam.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat kenaikkan pangkat dan anugerah yang di berikan oleh Ketua Persatuan St . John Ambulance peringkat negeri Selangor pada hari penutupan program berkenaan . Juga Tahniah daripada kami kepada Peserta dan Kumpulan terbaik yang terpilih . Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada 5 orang daripada peserta program yang menerima anugerah keberanian St . John Ambulance atas pertolongan yang mereka berikan semasa tragedi tanah runtuh di Madrasah At Taqwa , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .

Lafaz ikrar yang mereka jalankan membuktikan semangat berpasukan mereka adalah yang terbaik di dalam perkhidmatan membantu mereka - mereka yang memerlukan bantuan di saat - saat kecemasan .

 Merka juga di berikan tugas secara berkumpulan bagi menyediakan kemahiran ikhtiar hidup di mana mereka di kehendaki menyediakan sendiri makanan di sepanjang program berkenaan dengan di pantau oleh kami serta pegawai - pegawai persatuan berkenaan . Mereka juga telah di ajarkan teknik - teknik menghidupkan api di kawasan lembab .
Di antara ujian yang kami jalankan untuk mebentuk semangat berpasukan di dalam program ini yang mencabar minda dan ketahanan fizikal pelajar . Aktiviti ini juga di jalankan bagi menyatukan kesemua pelajar di bawah satu unit beruniform .




Para pelajar telah menyertai aktiviti kembara ke kawasan air terjun sebagai bonus atas kerjasama yang mereka berikan di sepanjang program .
Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program kem unit beruniform ini yang berlansung dengan jayanya dan menjadi satu kenangan yang teramat indah buat kami di sepanjang karier kami .

Kem anak soleh dan solehah Kafa Bt 18 Hulu Langat , Selangor .

Satu lagi kem yang kami terlibat dalam mengendalikannya adalah kem anak soleh dan solehah sekolah rendah agama batu 18 hulu langat , selangor di mana kami terlibat dalam menjalankan aktiviti kembara dan merentasi kawasan berhalangan di dalam program tersebut .









Walaupun pelajar yang terlibat tidaklah seramai yang biasa kami anjurkan , namun amanah yang telah di berikan oleh pihak sekolah tetap kami jalankan sebaik mungkin.