Sunday 27 October 2013

Program Cuti Sekolah Tahun 2013

Assalamualaikum . 




Alhamdulillah . Bagi tahun 2013 ini , kami di Kafu Training kembali menganjurkan dan menjalankan kem khusus bagi pengisian musim cuti persekolahan hujung tahun 2013 . Di atas permintaan ramai ibubapa serta pelajar khususnya pelajar dari semenanjung sekali lagi kami mengadakan ''kem kecemerlangan anak soleh dan solehah 2013 kkasds'' . 




Pendaftaran bagi menyertai kem kkasds ini sedang dan semakin rancak di jalankan oleh para ibu bapa yang menghubungi kami setiap hari tanpa henti bagi menghantar anak kesayangan mereka yang berusia dari 8 tahun sehingga 18 tahun . 




Untuk tahun ini kami terpaksa membuka beberapa sesi mengikut permintaan dari ibu bapa peserta itu sendiri , di mana pada tahun ini kami membuka sesi jangkamasa pendek sebagai pembukaan tirai kem cuti sekolah tahun ini dan di susuli dua sesi jangkamasa panjang khusus bagi penyertaan yang jauh dari lokasi kem dan memudahkan ibu bapa membuat penghantaran serta pengambilan peserta kelak . 


Sesi satu 3 hari 2 malam - di antara gambar - gambar sewaktu sesi awal kkasds cuti sekolah hujung tahun 2013 .

Di antara sebahagian ibu bapa dan para peserta kkasds sesi pertama pada 16 november 2013 yang hadir sewaktu penghantaran peseta dan sesi taklimat bersama ibu bapa . 

Peserta kkasds 2013 sesi pertama menjalani aktiviti senaman .


Peserta kkasds mengikuti kelas pengajian Al Quran dan hafazan .

Bergambar beramai - ramai di hari terakhir kem kkasds sesi pendek tahun 2013 .

SESI PANJANG KKASDS 8 HARI 7 MALAM .


SEBAHAGIAN DARI PESERTA DAN PARA IBU BAPA PADA SESI TAKLIMAT BERSAMA PARA IBU BAPA DAN JUGA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KKASDS 2013 SESI PANJANG YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA USTAZAH PILIHAN FIZAH DARI ASTRO OASIS .
PARA PESERTA JUGA TELAH MENJALANI BEBERAPA PENGISIAN KHUSUSNYA BERKAITAN IBADAH SOLAT TERMASUK LATIHAN AMALI DAN JUGA UJIAN BACAAN DALAM SOLAT SEPERTI BACAAN SURAH AL FATIHAH .
PESERTA KKASDS KALI INI JUGA TELAH MENDAPAT PERKONGSIAN ILMU YANG MENARIK DARI USTAZAH PILIHAN FIZAH DAN SEORANG LAGI PENCERAMAH JEMPUTAN TETAP KKASDS IAITU SAUDARA NOR FIRDAUS .





SEBAHAGIAN DARI IBU BAPA YANG HADIR DI HARI PENGAMBILAN PESERTA SEWAKTU MAJLIS PENUTUP DAN KONVO PESERTA KKASDS 2013 .



Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak kesayangan ke kem kkasds pada sesi yang akan datang di minta agar membuat pendaftaran secepat yang mungkin setelah iklan kami keluarkan kelak . Hubungi kami dan terus beri nama peserta , umur dan nombor talifon bimbit bapa atau ibu atau penjaga .

KKASDS akan di adakan pada setiap cuti persekolahan bermula dari tahun 2014 .

Thursday 11 April 2013

Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang SAMER

Bertempat di Sekolah Agama Menengah Rawang ( SAMER ) , kami telah di jemput bagi menganjur dan menjalankan kem kepimpinan pelajar yang di sertai oleh 60 orang pelajar dari pengawas pusat sumber sekolah dan pembimbing rakan sebaya . Kem selama 2 hari 1 malam yang di jalankan di kawasan sekolah dengan pengisian kepimpinan diri dan semangat setia kawan . Kem kali ini pendekatan yang di berikan adalah secara "Reverse Module" di mana pelajar telah di dedahkan pengisian secara saikologi kerohanian .

Antara pengisian yang di jalankan ialah pembentukkan kumpulan dan pelantikkan jawatan penting bagi kem selama 2 hari . Modul kepimpinan di mulakan dengan pengisian oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Pilihan Aqidah Mawardi yang kami bawakan khas buat pelajar SAMER .  Seterusnya di jalankan modul kepimpinan berpasukan dan erti setia kawan di mana pendekatan " reverse module" telah kami guna pakai sewaktu menjalankan aktiviti "solo drop". 

Aktiviti luar pula di isi pada ke esokkan harinya dengan aktiviti ala merentas kawasan halangan di mana kami membina halangan kecil memandangkan kem kali ini di jalankan di sekolah . Aktiviti ini berpengisian semangat berpasukan dan tolong menolong di dalam kepimpinan .


Pengisian terakhir kem kepimpinan pelajar ini ialah membina menara kejayaan , di mana semangat setia kawan , kerjasama sepasukan , kepercayaan kepada pemimpin dan keyakinan diri telah menjadi medan tempur penghabisan buat pelajar supaya tidak ada sifat mudah mengalah dan berputus asa . 



Sekalung tinggi ucapan terima kasih kepada Pihak Sekolah Agama Menengah Rawang keran menjemput kami dan memberikan kepercayaan kepada kami untuk menganjur dan menjalankan kem kepimpinan pelajar di sekolah ini . Terima Kasih tidak terhingga juga kepada Guru Penanung Program Puan Dewi Fickry yang bertungkus lumus menjayakan dan merealisasikan agar kem ini terlaksana . 

Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustazah Aqidah Mawardi dari Ustazah Pilihan Astro Oasis yang sudi singgah ke program kali ini. 

R2 UITM Puncak Alam Kem Rehlah Ukhuwah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu lagi di program terkini di awal tahun 2013  . Kali ini kem bersama pelajar - pelajar R2 Uitm Puncak Alam pula . Bertempat di kem Kingfisher Adventures Hulu Langat , Selangor . Sekali lagi kami menjalankan aktiviti berserta modul motivasi santai bersama pelajar UITM walaupun kali ini di dalam jumlah yang tidak ramai namun tetap meninggalkan satu kenangan yang terindah . Kem kali ini turut di sertai oleh Pensyarah UITM Puncak Alam . 

Aktiviti lasak tetap menjadi pilihan utama pelajar di mana mereka telah menjalani aktiviti merentas kawasan berhalangan  dengan bersemangat dan kerjasama sepasukan yang kuat .

Pengisian sebelah malam pula , mereka telah di berikan satu tugasan santai iaitu malam kebudayaan yang bertemakan "UntukMu Palestin" di mana mereka telah mengadakan persembahan secara berkumpulan iaitu berpantomin dan bernasyid serta sketsa pendek beserta pengisisan berkenaan penderitaan rakyat Palestin .

Aktiviti lasak di waktu malam di teruskan dengan pengisian kembara di waktu malam . Di mana pengisiannya di samping melakukan perjalanan di waktu malam , mereka juga di berikan keyakinan diri dan semangat untuk bergerak di dalam kegelapan malam.

Aktiviti yang di nantikan adalah kembara hutan dan meredah kawasan jeram kem  , di mana mereka telah di bawa oleh fasilitator yang bertugas ke kawasan air terjun kem dan bersantai di sana .


Setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan , bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Semoga Ukhuwah yang terjalin berkekalan di dalam rahmat dan hidayah Allah . Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan kem rehlah ukhuwah ini.

Thursday 7 February 2013

Kem kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah siri 1 / 2013





Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah siri 1 / 2013 .
Sebuah kem pengisian musim cuti penggal persekolahan yang kami anjurkan dan jalankan pada setiap musim cuti persekolahan . Terbuka kepada semua pelajar beragama ISLAM berusia dari 10 tahun sehingga 18 tahun dari seluruh semenanjung malaysia . Kem selama 5 hari 4 malam dari 23 Mac 2013 ( sabtu ) sehingga 27 Mac 2013 ( rabu ).
Objektif.
1- Pengkhususan berkaitan asas - asas fardu ain , solat , aurat dan batas pergaulan.
2 - Menerapkan ciri - ciri kepimpinan diri dan kecemerlangan secara global .
3 - Menerapkan erti kasih sayang kepada kedua ibu bapa dan keluarga sebagai salah satu ikon kehidupan seorang anak .
4 - Menerapkan dan menciptakan Ikon / idola sebenar kepada seorang pelajar Islam .
5 - Pengkhususan terhadap pengisian aspek kerohanian di dalam aktiviti dan riadah .
6 - Membina dan menunjuk cara membina minda cemerlang kepada peserta .
7 - Mendedahkan dan menunjukkan corak hiburan Islam ( bernasyid dan berQosidah ) sebagai satu alternatif kepada pengaruh hiburan barat dan korea yang semakin berleluasa mempengaruhi kehidupan pelajar masa kini .
8 - Menekankan aspek menghargai "Masa" berpandukan ayat Al Quran.
dan banyak lagi.








Lokasi kem Kingfisher Adventures Hulu langat , Selangor.




B8 Uitm Puncak Alam kem rehlah ukhuwah

Pembuka tirai tahun 2013 , kami di kafu training & consultancy telah menjalankan program Rehlah Ukhuwah bersama pelajar - pelajar dari B8 UITM PUNCAK ALAM ( Nature Quest ) selama 2 hari 1 malam dengan berbagai aktiviti .Tujuan dan matlamat kem ini adalah untuk merapatkan ukhuwah silaturahim di kalangan pelajar di samping mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan di kalangan mereka. Di antara aktiviti lasak yang telah mereka jalani adalah merentas kawasan berhalangan ( obstacle course ) .



 Pada sebelah malamnya telah diadakan malam kebudayaan bercorak hiburan islam di mana mereka telah di berikan tajuk oleh ketua fasilitator dengan tajuk malam kebudayaan UntukMu Palestin . Berbagai persembahan yang di antaranya lakonan pantomin dan deklamasi puisi berkaitan palestin telah di persembahkan oleh para pelajar secara berkumpulan . Selepas itu mereka telah menjalani aktiviti Night Walk sebelum mereka berehat dan tidur.


Pelajar - pelajar telah di bawa bersantai di kawasan air terjun kem kingfisher adventures hulu langat .Pada awal pagi hujan telah turun lebat namun dengan berbekalkan semangat yang hebat mereka tetap juga menjalani aktiviti kembara hutan dan meredah kawasan jeram .Pada sebelah petangnya telah di adakan aktiviti modul teambuilding , beberapa permainan telah mereka jalani secara berpasukan dan kemuncaknya di sudahi dengan permainan menara kejayaan.


Setinggi penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah B8 Asasi Sains dan pelajar - pelajar di atas sebuah program selama 2 hari 1 malam yang menarik dan merupakan satu kenangan yang terindah buat kami. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kem kingfisher adventures hulu langat kerana menyediakan penginapan dan menyajikan makan minum. Sebuah kenangan terindah terukir di awal tahun 2013.

kepimpinan dan perkhemahan perdana sekolah kebangsaan dusun tua


 Assalamualaikum . Sekali lagi kafu training & consultancy telah di berikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menganjur serta menjalankan kem kepimpinan dan perkhemahan perdana . Kali ini dari Sekolah Kebangsaan Dusun Tua , Hulu Langat , Selangor . Bertempat di kem kami Kingfisher Adventures Hulu Langat selama 3 hari 2 malam . Pengisian kepimpinan kali ini berkonsepkan kepimpinan islamik dan keseluruhan jati diri .Pelbagai aktiviti telah di sertai pelajar bermula dari hari pertama kem sehingga hari terakhir kem . Di antara gambar - gambar sewaktu kem kepimpinan dan perkhemahan perdana SKDT .



Di antara yang menarik di dalam kem kepimpinan pada kali ini ialah dengan kehadiran penceramah jemputan yang kami bawakan khas buat pelajar - pelajar SKDT . Slot kecemerlangan telah di kendalikan dengan jayanya oleh tetamu yang tidak asing lagi iaitu yang berbahagia Ustazah Fizah dari program Ustazah Pilihan Astro Oasis. 





Dugaan dan rintangan selama 3 hari 2 malam yang kami sediakan khusus buat pengisian kem kepimpinan kali ini telah berjaya di lalui oleh kesemua pelajar - pelajar dengan semangat yang tinggi . Sebagai bonus , kami membawa palajar ini ke kawasan air terjun kingfisher adventures untuk bersantai sambil menjalani aktiviti kembara hutan ( jungle trekking ) pada hari terakhir kem .
Setinggi penghargaan terima kasih kami di kafu training ucapkan kepada yang berbahagia Tuan Guru Besar , Guru Penolong kanan , barisan Guru - Guru Pengiring dan pelajar - pelajar SKDT di atas program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini . Tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kepada yang berbahagia Ustazah Fizah yang sudi hadir bagi menjayakan lagi program ini . Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kem Kingfisher Adventures Hulu Langat kerana menyediakan tempat dan menyediakan makan minum pelajar selama 3 hari 2 malam . Andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai umur yang panjang , ingin rasanya bersua lagi . Sekian , Terima kasih.