Sunday 5 October 2014

KEM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2014 KAFU TRAINING


ALHAMDULILLAH.







ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Sabda Rasulullah Saw :
"Hendaklah kamu mestikan anak - anak mu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya ."

"Semua anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapanyalah bilamana anak itu menganut agama yahudi, atau menganut agama nasrani, atau menganut agama majusi."
(Muttafaq ‘alaih)

KEM KECEMERLANGAN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

KKASDS AKHIR TAHUN 2014 TELAH TAMAT DENGAN 
JAYANYA .

Pada cuti sekolah hujung tahun 2014 yang lalu, pihak kafu training telah berjaya menjalankan dua sesi siri KKASDS dimulakan dengan sesi 1 selama 8 hari 7 malam . Sambutan yang amat - amat menggalakkan terutama datangnya dari negeri johor, pntai timur dan utara menjadikan program KKASDS sesi 1 di antara sesi yang terbaik dalam tahun tahun 2014 .


Berikut adalah beberapa paparan gambar sewaktu program sesi 1 dijalankan .
























Berikut adalah paparan gambar sewaktu sesi 2 selama 6 hari 5 malam pula .








Sehingga bertemu di siri KKASDS tahun 2015, sekalung ucapan jutaan terima kasih kepada kesemua ibu bapa dan peserta yang menyertai KKASDS akhir tahun 2014. Terima kasih tidak terhingga kepada para ibu bapa yang tidak putus memberi sokongan kepada pihak kafu training untuk menjalankan program Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah KKASDS ini. 

Kullu am wa antum bilkheir...syukran. 

VISI KAMI KE ARAH JATI DIRI , KECEMERLANGAN , KEGEMILANGAN DAN PEMBENTUKAN INSAN TERBILANG .

PERKHEMAHAN PERDANA SKBBS KUALA LUMPUR .

Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Pada tarikh 12 september 2014 yang lalu telah berlansungnya program perkhemahan perdana badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul , Kuala Lumpur dengan kekuatan anggota seramai 78 orang pelajar telah berprogram dengan kami selama 2 hari 1 malam .



Seperti biasa pelbagai pengisian dan penerapan yang kami perkongsikan bersama pelajar - pelajar yang terdiri dari ahli persatuan pengakap , kadet remaja sekolah , persatuan bulan sabit merah , puteri islam dan banyak lagi . Antaranya berkaitan kepimpinan , jatidiri dan kerohanian . Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam itu juga melibatkan aktiviti di waktu malam serta kembara alam .



Satu slot tambahan yang kebiasaannya kami perkongsikan pada program cuti sekolah dan program remaja anjuran kami iaitu " motivasi dari palestin " juga telah kami perkongsikan kepada pelajar - pelajar ini sebagai pengetahuan umum dan membangkitkan semangat motivasi dikalangan pelajar .



Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam oleh lensa kamera fasilitator bertugas sewaktu program .



















Insya Allah , andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai ada nyawa yang panjang , insya Allah di lain tahun kita bertemu lagi .



Setinggi ucapan terima kasih dari kami di kafu training kepada pihak sekolah terutama Guru Besar , Guru Penolong kanan , Guru Penaung Program , Barisan Guru Pengiring dan khususnya kepada pelajar - pelajar SKBBS kerana memilih kami selaku konsultan yang menjalankan program ini secara sepenuhnya sehingga tamat pada jam 5 petang 13 september 2014 .