Sunday 5 October 2014

PERKHEMAHAN PERDANA SKBBS KUALA LUMPUR .

Assalamualaikum dan salam sejahtera .



Pada tarikh 12 september 2014 yang lalu telah berlansungnya program perkhemahan perdana badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul , Kuala Lumpur dengan kekuatan anggota seramai 78 orang pelajar telah berprogram dengan kami selama 2 hari 1 malam .



Seperti biasa pelbagai pengisian dan penerapan yang kami perkongsikan bersama pelajar - pelajar yang terdiri dari ahli persatuan pengakap , kadet remaja sekolah , persatuan bulan sabit merah , puteri islam dan banyak lagi . Antaranya berkaitan kepimpinan , jatidiri dan kerohanian . Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam itu juga melibatkan aktiviti di waktu malam serta kembara alam .



Satu slot tambahan yang kebiasaannya kami perkongsikan pada program cuti sekolah dan program remaja anjuran kami iaitu " motivasi dari palestin " juga telah kami perkongsikan kepada pelajar - pelajar ini sebagai pengetahuan umum dan membangkitkan semangat motivasi dikalangan pelajar .



Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam oleh lensa kamera fasilitator bertugas sewaktu program .



















Insya Allah , andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai ada nyawa yang panjang , insya Allah di lain tahun kita bertemu lagi .



Setinggi ucapan terima kasih dari kami di kafu training kepada pihak sekolah terutama Guru Besar , Guru Penolong kanan , Guru Penaung Program , Barisan Guru Pengiring dan khususnya kepada pelajar - pelajar SKBBS kerana memilih kami selaku konsultan yang menjalankan program ini secara sepenuhnya sehingga tamat pada jam 5 petang 13 september 2014 .

No comments:

Post a Comment