Thursday 26 April 2012

Kem Rehlah Ukhuwah Kafa Izzatul Islamaih siri 2/2011

Satu siri "Kem Rahlah Ukhuwah & Majlis Perpisahan Pelajar dan Guru" kafa Izzatul Islamiah P.Jaya , Selangor telah di adakan bersama- sama dengan kafu training ent bagi sesi kedua di tahun 2011 . Kem ini adalah lanjutan ukhuwah diantara dua institusi pendidikan yang telah terjalin sejak tahun 2010. Kali ini kem Rehlah Ukhuwah telah di jalankan sepenuhnya oleh Kafu Training ent bertempat di Kingfiher Adventures H.Langat , Selangor selama 3 hari 2 malam.

 kem yang telah berlansung dari hari sabtu hingga ke hari isnin ini telah di isi dengan berbagai aktiviti termasuk sukanika di antara guru dan pelajar. Di antara pengisian kem ini ialah mendedahkan para pelajar yang terdiri dari pelajar tahun enam akan alam persekolahan ketika di sekolah menengah dan mendedahkan pelajar erti keterampilan diri .

 Di dalam kem Rehlah Ukhuwah ini juga telah terbahagi kepada 3 sesi slot iaitu slot pendedahan kerohanian dan ketahanan fizikal , slot kecemerlangan dan slot ukhuwah di mana pelajar di beri peluang bergaul mesra dengan guru-guru mereka sebelum majlis perpisahan di jalankan .
Puan Guru Besar yang sentiasa bersama - sama pelajar di dalam semua aktiviti yang di jalankan oleh kafu training ent di sepanjang kem tersebut.

 Diantara aktiviti-aktiviti santai dan riadah yang di sertai oleh pelajar di sepanjang kem rehlah ukhuwah. 
Rehlah dan ukhuwah :) dua istilah yang membawa maksud seumpama riadah santai dan menjalinkan silaturahim , terserlah keakrapan dua peneraju utama kedua institusi pendidikan ini .


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya , begitulah jua dengan kem ini yang melibatkan dua perpisahan yang berlaku di dalam 1 masa . Pertama perpisahan kecil iaitu perpisahan di antara kami dengan pelajar - pelajar dan guru - guru kafa izzatul islamiah dan yang kedua , perpisahan besar iaitu di antara Guru - guru dan pelajar - pelajar mereka . Jika selama 6 tahun mereka bersama , akhirnya terpaksa berpisah demi merelakan perjuangan masing - masing di dalam mencari ilmu demi masa hadapan. Semoga bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment