Thursday 26 April 2012

perkhemahan perdana dan kepimpinan SAMTTAJ

Satu kem yang memberi kenangan terindah buat kami di kafu training ent bagi tahun 2012 adalah "Kem Perkhemahan Perdana Dan Kepimpinan SAMTTAJ" yang telah berlansung selama 3 hari 2 malam yang di isi dengan jadual yang padat. Kem yang telah di hadiri oleh pelajar - pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah , S.Alam , Selangor ini telah di sertai oleh 85 orang pelajar.


Di dalam kem kali ini pelajar - pelajar telah di praktikkan dengan cara-cara perkhemahan dan duduk di dalam khemah . Jadual yang padat mengisi pengisian mereka selama 3 hari.

 Pelajar - pelajar bukan sahaja terlibat di dalam aktiviti di dalam dewan malah terlibat juga dengan aktiviti - aktiviti "out door" yang menguji ketahanan fizikal serta mental mereka . Mereka juga di isi dengan pengisian kerohanian di sepanjang sesi perkhemahan .



Sememangnya tiada kata - kata yang mampu menggambarkan akan kenangan yang amat indah bila bersama - sama dengan pelajar - pelajar ini . Semoga bertemu di lain kali . Jutaan terima kasih buat Guru - Guru yang sudi bersama mengiringi pelajar di dalam semua aktiviti yang di jalankan. Anda semua adalah kenangan terindah kami.

No comments:

Post a Comment