Thursday 7 February 2013

B8 Uitm Puncak Alam kem rehlah ukhuwah

Pembuka tirai tahun 2013 , kami di kafu training & consultancy telah menjalankan program Rehlah Ukhuwah bersama pelajar - pelajar dari B8 UITM PUNCAK ALAM ( Nature Quest ) selama 2 hari 1 malam dengan berbagai aktiviti .Tujuan dan matlamat kem ini adalah untuk merapatkan ukhuwah silaturahim di kalangan pelajar di samping mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan di kalangan mereka. Di antara aktiviti lasak yang telah mereka jalani adalah merentas kawasan berhalangan ( obstacle course ) .



 Pada sebelah malamnya telah diadakan malam kebudayaan bercorak hiburan islam di mana mereka telah di berikan tajuk oleh ketua fasilitator dengan tajuk malam kebudayaan UntukMu Palestin . Berbagai persembahan yang di antaranya lakonan pantomin dan deklamasi puisi berkaitan palestin telah di persembahkan oleh para pelajar secara berkumpulan . Selepas itu mereka telah menjalani aktiviti Night Walk sebelum mereka berehat dan tidur.


Pelajar - pelajar telah di bawa bersantai di kawasan air terjun kem kingfisher adventures hulu langat .Pada awal pagi hujan telah turun lebat namun dengan berbekalkan semangat yang hebat mereka tetap juga menjalani aktiviti kembara hutan dan meredah kawasan jeram .Pada sebelah petangnya telah di adakan aktiviti modul teambuilding , beberapa permainan telah mereka jalani secara berpasukan dan kemuncaknya di sudahi dengan permainan menara kejayaan.


Setinggi penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah B8 Asasi Sains dan pelajar - pelajar di atas sebuah program selama 2 hari 1 malam yang menarik dan merupakan satu kenangan yang terindah buat kami. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kem kingfisher adventures hulu langat kerana menyediakan penginapan dan menyajikan makan minum. Sebuah kenangan terindah terukir di awal tahun 2013.

No comments:

Post a Comment