Thursday 7 February 2013

kepimpinan dan perkhemahan perdana sekolah kebangsaan dusun tua


 Assalamualaikum . Sekali lagi kafu training & consultancy telah di berikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menganjur serta menjalankan kem kepimpinan dan perkhemahan perdana . Kali ini dari Sekolah Kebangsaan Dusun Tua , Hulu Langat , Selangor . Bertempat di kem kami Kingfisher Adventures Hulu Langat selama 3 hari 2 malam . Pengisian kepimpinan kali ini berkonsepkan kepimpinan islamik dan keseluruhan jati diri .Pelbagai aktiviti telah di sertai pelajar bermula dari hari pertama kem sehingga hari terakhir kem . Di antara gambar - gambar sewaktu kem kepimpinan dan perkhemahan perdana SKDT .



Di antara yang menarik di dalam kem kepimpinan pada kali ini ialah dengan kehadiran penceramah jemputan yang kami bawakan khas buat pelajar - pelajar SKDT . Slot kecemerlangan telah di kendalikan dengan jayanya oleh tetamu yang tidak asing lagi iaitu yang berbahagia Ustazah Fizah dari program Ustazah Pilihan Astro Oasis. 





Dugaan dan rintangan selama 3 hari 2 malam yang kami sediakan khusus buat pengisian kem kepimpinan kali ini telah berjaya di lalui oleh kesemua pelajar - pelajar dengan semangat yang tinggi . Sebagai bonus , kami membawa palajar ini ke kawasan air terjun kingfisher adventures untuk bersantai sambil menjalani aktiviti kembara hutan ( jungle trekking ) pada hari terakhir kem .
Setinggi penghargaan terima kasih kami di kafu training ucapkan kepada yang berbahagia Tuan Guru Besar , Guru Penolong kanan , barisan Guru - Guru Pengiring dan pelajar - pelajar SKDT di atas program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini . Tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kepada yang berbahagia Ustazah Fizah yang sudi hadir bagi menjayakan lagi program ini . Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kem Kingfisher Adventures Hulu Langat kerana menyediakan tempat dan menyediakan makan minum pelajar selama 3 hari 2 malam . Andai ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , andai umur yang panjang , ingin rasanya bersua lagi . Sekian , Terima kasih.

No comments:

Post a Comment