| Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustazah Aqidah Mawardi dari Ustazah Pilihan Astro Oasis yang sudi singgah ke program kali ini. |
Thursday, 11 April 2013
Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang SAMER
R2 UITM Puncak Alam Kem Rehlah Ukhuwah
| Aktiviti lasak tetap menjadi pilihan utama pelajar di mana mereka telah menjalani aktiviti merentas kawasan berhalangan dengan bersemangat dan kerjasama sepasukan yang kuat . |
| Aktiviti yang di nantikan adalah kembara hutan dan meredah kawasan jeram kem , di mana mereka telah di bawa oleh fasilitator yang bertugas ke kawasan air terjun kem dan bersantai di sana . |
Thursday, 7 February 2013
Kem kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah siri 1 / 2013
![]() |
![]() |
| Lokasi kem Kingfisher Adventures Hulu langat , Selangor. |
B8 Uitm Puncak Alam kem rehlah ukhuwah
Pada sebelah malamnya telah diadakan malam kebudayaan bercorak hiburan islam di mana mereka telah di berikan tajuk oleh ketua fasilitator dengan tajuk malam kebudayaan UntukMu Palestin . Berbagai persembahan yang di antaranya lakonan pantomin dan deklamasi puisi berkaitan palestin telah di persembahkan oleh para pelajar secara berkumpulan . Selepas itu mereka telah menjalani aktiviti Night Walk sebelum mereka berehat dan tidur.
Pelajar - pelajar telah di bawa bersantai di kawasan air terjun kem kingfisher adventures hulu langat .Pada awal pagi hujan telah turun lebat namun dengan berbekalkan semangat yang hebat mereka tetap juga menjalani aktiviti kembara hutan dan meredah kawasan jeram .Pada sebelah petangnya telah di adakan aktiviti modul teambuilding , beberapa permainan telah mereka jalani secara berpasukan dan kemuncaknya di sudahi dengan permainan menara kejayaan.
kepimpinan dan perkhemahan perdana sekolah kebangsaan dusun tua
Sunday, 7 October 2012
Team Building Maybank Cyberjaya
| Tepat jam 10.30 pagi , para peserta terdiri dari 21 orang kakitangan Maybank cawangan Cyberjaya telah memulakan tugasan pertama gerak kerja berkumpulan yang telah Fasilitator kami sediakan . Gerak kerja bagi slot pertama ini di adakan di dalam dewan , di mana penerapan secara ringan dan santai telah di beri . Peserta - peserta juga telah di berikan barang - barang amanah sebagai simbolik program hari itu. |
Gerak kerja program "TEAM BUILDING" ini di teruskan untuk slot kedua selepas makan tengahari dan solat zohor , di mana kali ini para peserta telah menjalani aktiviti di luar dewan . Penerapan kerjasama berkumpulan juga telah di terapkan di dalam setiap aktiviti yang kami jalankan di antaranya " Blind Explore Race " , dan beberapa lagi gerak kerja berpasukan yang menguji fizikal serta mental peserta .
Slot ke tiga bermula pada jam 5 petang hari sabtu itu setelah kami dan peserta berehat untuk minum petang yang di sediakan oleh pihak resort . Untuk slot ke tiga ini , kami menerapkan kerjasama berpasukan di dalam satu pasukan di mana sekali lagi peserta telah di uji ketahanan semangat berpasukan yang tinggi sebagai ujian terakhir kepada peserta supaya membentuk satu semangat berpasukan yang kuat . Di antara rentetan aktiviti terakhir ini di mana mereka terpaksa bergabung di bawah satu pasukan dan para fasilitator telah memainkan peranan sebagai penguji kekuatan semangat berpasukan mereka.
Monday, 4 June 2012
kem kepimpinan dan perkhemahan perdana smk la salle briekfield
Satu Majlis Perasmian "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana "telah di adakan pada ke esokkan harinya di mana ia telah di rasmikan oleh wakil kepada Pengetua sekolah berkenaan yang berlansung dengan jayanya dan penuh bersemangat . Juga persembahan dari para pelajar istimewa buat barisan Guru - Guru yang hadir pada majlis perasmian tersebut.
Pada hari terakhir "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana" pelajar - pelajar dan guru - guru pengiring telah di bawa menjalani aktiviti jungle tracking dan river tracking serta di bawa bersantai ke kawasan air terjun kem kingfisher adventures yang dingin dan nyaman . Ternyata mereka amat gembira walaupun agak kepenatan dengan perjalanan yang agak mencabar ketahanan fizikal mereka .
Subscribe to:
Posts (Atom)


