Thursday, 7 February 2013
B8 Uitm Puncak Alam kem rehlah ukhuwah
Pada sebelah malamnya telah diadakan malam kebudayaan bercorak hiburan islam di mana mereka telah di berikan tajuk oleh ketua fasilitator dengan tajuk malam kebudayaan UntukMu Palestin . Berbagai persembahan yang di antaranya lakonan pantomin dan deklamasi puisi berkaitan palestin telah di persembahkan oleh para pelajar secara berkumpulan . Selepas itu mereka telah menjalani aktiviti Night Walk sebelum mereka berehat dan tidur.
Pelajar - pelajar telah di bawa bersantai di kawasan air terjun kem kingfisher adventures hulu langat .Pada awal pagi hujan telah turun lebat namun dengan berbekalkan semangat yang hebat mereka tetap juga menjalani aktiviti kembara hutan dan meredah kawasan jeram .Pada sebelah petangnya telah di adakan aktiviti modul teambuilding , beberapa permainan telah mereka jalani secara berpasukan dan kemuncaknya di sudahi dengan permainan menara kejayaan.
kepimpinan dan perkhemahan perdana sekolah kebangsaan dusun tua
Sunday, 7 October 2012
Team Building Maybank Cyberjaya
| Tepat jam 10.30 pagi , para peserta terdiri dari 21 orang kakitangan Maybank cawangan Cyberjaya telah memulakan tugasan pertama gerak kerja berkumpulan yang telah Fasilitator kami sediakan . Gerak kerja bagi slot pertama ini di adakan di dalam dewan , di mana penerapan secara ringan dan santai telah di beri . Peserta - peserta juga telah di berikan barang - barang amanah sebagai simbolik program hari itu. |
Gerak kerja program "TEAM BUILDING" ini di teruskan untuk slot kedua selepas makan tengahari dan solat zohor , di mana kali ini para peserta telah menjalani aktiviti di luar dewan . Penerapan kerjasama berkumpulan juga telah di terapkan di dalam setiap aktiviti yang kami jalankan di antaranya " Blind Explore Race " , dan beberapa lagi gerak kerja berpasukan yang menguji fizikal serta mental peserta .
Slot ke tiga bermula pada jam 5 petang hari sabtu itu setelah kami dan peserta berehat untuk minum petang yang di sediakan oleh pihak resort . Untuk slot ke tiga ini , kami menerapkan kerjasama berpasukan di dalam satu pasukan di mana sekali lagi peserta telah di uji ketahanan semangat berpasukan yang tinggi sebagai ujian terakhir kepada peserta supaya membentuk satu semangat berpasukan yang kuat . Di antara rentetan aktiviti terakhir ini di mana mereka terpaksa bergabung di bawah satu pasukan dan para fasilitator telah memainkan peranan sebagai penguji kekuatan semangat berpasukan mereka.
Monday, 4 June 2012
kem kepimpinan dan perkhemahan perdana smk la salle briekfield
Satu Majlis Perasmian "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana "telah di adakan pada ke esokkan harinya di mana ia telah di rasmikan oleh wakil kepada Pengetua sekolah berkenaan yang berlansung dengan jayanya dan penuh bersemangat . Juga persembahan dari para pelajar istimewa buat barisan Guru - Guru yang hadir pada majlis perasmian tersebut.
Pada hari terakhir "kem kepimpinan dan perkhemahan perdana" pelajar - pelajar dan guru - guru pengiring telah di bawa menjalani aktiviti jungle tracking dan river tracking serta di bawa bersantai ke kawasan air terjun kem kingfisher adventures yang dingin dan nyaman . Ternyata mereka amat gembira walaupun agak kepenatan dengan perjalanan yang agak mencabar ketahanan fizikal mereka .
Thursday, 26 April 2012
perkhemahan perdana dan kepimpinan SAMTTAJ
| Di dalam kem kali ini pelajar - pelajar telah di praktikkan dengan cara-cara perkhemahan dan duduk di dalam khemah . Jadual yang padat mengisi pengisian mereka selama 3 hari. |
Pelajar - pelajar bukan sahaja terlibat di dalam aktiviti di dalam dewan malah terlibat juga dengan aktiviti - aktiviti "out door" yang menguji ketahanan fizikal serta mental mereka . Mereka juga di isi dengan pengisian kerohanian di sepanjang sesi perkhemahan .
kepimpinan dan akademik SAMTEN
| "kem kepimpinan dan akademik" bagi tahun 2012 di mulai oleh Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN) , Selangor . |
Di antara aktiviti - aktiviti yang di sertai pelajar adalah night walk dan jungle tracking adventure.
Majlis perpisahan yang terindah buat fasilitator - fasilitator kafu training ent yang bertugas pada kem tersebut . Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan sesudahnya.
| Suatu kenangan yang terindah buat kafu training ent bila di beri peluang bersama - sama dengan pelajar - pelajar SAMTEN bagi tahun 2012. Semoga bertemu lagi di lain kali. |
Kem Rehlah Ukhuwah Kafa Izzatul Islamaih siri 2/2011
kem yang telah berlansung dari hari sabtu hingga ke hari isnin ini telah di isi dengan berbagai aktiviti termasuk sukanika di antara guru dan pelajar. Di antara pengisian kem ini ialah mendedahkan para pelajar yang terdiri dari pelajar tahun enam akan alam persekolahan ketika di sekolah menengah dan mendedahkan pelajar erti keterampilan diri .
Di dalam kem Rehlah Ukhuwah ini juga telah terbahagi kepada 3 sesi slot iaitu slot pendedahan kerohanian dan ketahanan fizikal , slot kecemerlangan dan slot ukhuwah di mana pelajar di beri peluang bergaul mesra dengan guru-guru mereka sebelum majlis perpisahan di jalankan .
| Puan Guru Besar yang sentiasa bersama - sama pelajar di dalam semua aktiviti yang di jalankan oleh kafu training ent di sepanjang kem tersebut. |
Diantara aktiviti-aktiviti santai dan riadah yang di sertai oleh pelajar di sepanjang kem rehlah ukhuwah.
| Rehlah dan ukhuwah :) dua istilah yang membawa maksud seumpama riadah santai dan menjalinkan silaturahim , terserlah keakrapan dua peneraju utama kedua institusi pendidikan ini . |
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya , begitulah jua dengan kem ini yang melibatkan dua perpisahan yang berlaku di dalam 1 masa . Pertama perpisahan kecil iaitu perpisahan di antara kami dengan pelajar - pelajar dan guru - guru kafa izzatul islamiah dan yang kedua , perpisahan besar iaitu di antara Guru - guru dan pelajar - pelajar mereka . Jika selama 6 tahun mereka bersama , akhirnya terpaksa berpisah demi merelakan perjuangan masing - masing di dalam mencari ilmu demi masa hadapan. Semoga bertemu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)