Monday, 13 February 2012
Kem pemantapan pekerja SUK kerajaan negeri , Selangor.
Di antara taklimat - taklimat yang telah di berikan oleh marshall atau pegawai jurulatih untuk aktiviti "Paint ball" yang telah kami sediakan untuk pekerja - pekerja terbabit di dalam sesi pengisian aktiviti di luar dewan sebagai riadah petang.
Biasanya aktiviti "paint ball" di jalankan di padang atau di kawasan lapang , tetapi kali ini kami menyediakan sesi pertempuran di dalam hutan dan peserta telah di terapkan sesi ala pertempuran hutan yang amat - amat memerlukan kerjasama berpasukan yang tinggi di samping daya ketahanan fizikal dan mental .
Ke esokkan harinya kesemua peserta telah di beri tugasan dalam bentuk santai iaitu aktiviti memancing yang di jalankan seumpama satu pertandingan di mana peserta telah di uji tahap kesabaran mereka di tepi kolam.
Sunday, 15 January 2012
kem kecemerlangan anak2 soleh dan solehah 2012
Kem kecemerlangan anak - anak soleh dan solehah 2012 .
Tarikh kem : 4 dan 5 febuari 2012 .
lokasi kem : Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .
lokasi kem : Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .
Tarikh tutup pendaftaran : 30 januari 2012 .
Had umur penyertaan :
tumpuan utama kepada pelajar berusia 12 tahun ke 17 tahun namun terbuka juga kepada pelajar berusia 9 tahun hingga 18 tahun jika berminat untuk menyertai.
Yuran penyertaan : Rm70.00 seorang .
( diskaun kepada peserta yang ada adik beradik turut sama menyertai).
Cara pendaftaran : email ke kafutraining@yahoo.com untuk mendapatkan borang - borang pendaftaran .
Matlamat kem : mengisi cuti hujung minggu persekolahan dengan perkongsian ilmu dan aktiviti bermanafaat kepada pelajar . memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri - ciri untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kekuatan kerohanian dalam mencapai kejayaan . Ber ''Ibadah'' sambil beriadah. Bermacam aktiviti yang menarik di sediakan sebagai antara pengisian program ini , di antaranya slot ceramah kecemerlangan , slot ibadah di mana pelajar akan di bawa mengikuti Qiamullail dan slot penghayatan bagi mengenali erti sebenar kehidupan serta matlamat / visi sebagai seorang pelajar , seorang anak dan seorang insan cemerlang .
Wednesday, 11 January 2012
Team Building dan Rehlah Ukhuwah
Di antara beberapa fakta menarik di dalam program dan aktiviti bersama pelajar - pelajar ini ialah mereka menharungi perjalanan kira - kira 5 km ke tempat aktiviti kembara , Di mana mereka telah di bawa seolah - olah merasai dan mengingati sedikit sebanyak sebagaimana perjalanan para nabi - nabi dan para anbia' dalam perjalanan menyiarkan islam kesegenap pelusuk dunia suatu masa dahulu.
Berhenti rehat sejenak di kawasan check point yang tersedia di kawasan kembara kem .
Mereka juga terpaksa melalui beberapa kawasan berhalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kem .
Program Belia 1 Malaysia bersama pelajar Antarabangsa UNITEN
Antara aktiviti kembara yang di jalankan pada sebelah petang yang di sertai oleh pelajar - pelajar ini.
Program yang hanya di sertai oleh 6 orang pelajar perempuan di dalam kumpulan pelajar lelaki yang hampir 100 orang. Tetap ceria walaupun agak kepenatan mendaki bukit yang curam dan melalui beberapa kawasan yang mencabar.
Di antara aksi - aksi ketua pelajar yang merangkap ketua program yang di lantik , sentiasa ceria walaupun kepenatan dalam aktiviti kembara lasak yang di sertai .
| Di antara aksi - aksi pelajar antarabangsa di dalam aktiviti lasak merentas kawasan berhalangan yang mencabar tahap fizikal dan mental pelajar yang menyertainya. |
Aksi - aksi pelajar - pelajar perempuan yang sentiasa ceria melalui halangan - halangan yang tersedia .
Selepas penat melalui beberapa kawasan yang berhalangan , pelajar - pelajar terpaksa mendaki bukit pula untuk pulang ke kawasan kem .
Monday, 9 January 2012
Perkhemahan unit beruniform St . John Ambulance Selangor
Berbagai jenis bentuk latihan dan gerak kerja yang kami sediakan termasuklah aktiviti pertolongan cemas dan aktiviti menyelamatkan mangsa bencana .Satu ujian kecekapan pertolngan cemas juga telah kami adakan kepada pelajar - pelajar ini yang telah di hakimi oleh para pegawai tinggi pertubuhan berkenaan dan satu ujian ketahanan fizikal juga telah di adakan sepanjang program berkenaan . Semua aktiviti yang di jalankan oleh kami telah mendapat kelulusan oleh ketua pertubuhan St . John Ambulance dan di beri pengiktirafan selaku penganjur di peringkat negeri oleh Beliau .
Tetap ceria walaupun terpaksa melalui bermacam jenis latihan dan ujian yang kami sediakan di sepanjang program termasuklah aktiviti kecemasan pada waktu malam dimana pelajar - pelajar ini telah kami bangunkan dari tidur secara mengejut tepat pada jam 3 pagi dan terpaksa meredah kawasan berlumpur untuk menyelamatkan subjek yang kami letakkan di dalam ujian pertolongan cemas di waktu malam.
| Lafaz ikrar yang mereka jalankan membuktikan semangat berpasukan mereka adalah yang terbaik di dalam perkhidmatan membantu mereka - mereka yang memerlukan bantuan di saat - saat kecemasan . |
Merka juga di berikan tugas secara berkumpulan bagi menyediakan kemahiran ikhtiar hidup di mana mereka di kehendaki menyediakan sendiri makanan di sepanjang program berkenaan dengan di pantau oleh kami serta pegawai - pegawai persatuan berkenaan . Mereka juga telah di ajarkan teknik - teknik menghidupkan api di kawasan lembab .
| Para pelajar telah menyertai aktiviti kembara ke kawasan air terjun sebagai bonus atas kerjasama yang mereka berikan di sepanjang program . |
Kem anak soleh dan solehah Kafa Bt 18 Hulu Langat , Selangor .
Satu lagi kem yang kami terlibat dalam mengendalikannya adalah kem anak soleh dan solehah sekolah rendah agama batu 18 hulu langat , selangor di mana kami terlibat dalam menjalankan aktiviti kembara dan merentasi kawasan berhalangan di dalam program tersebut .
| Walaupun pelajar yang terlibat tidaklah seramai yang biasa kami anjurkan , namun amanah yang telah di berikan oleh pihak sekolah tetap kami jalankan sebaik mungkin. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

