Monday 9 January 2012

Perkhemahan unit beruniform St . John Ambulance Selangor



Sebuah penghargaan telah di berikan kepada Kafu Training Ent oleh persatuan St. John Ambulance Selangor apabila kami di berikan kepercayaan untuk menganjurkan dan menjalankan sepenuhnya Kem Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Team Building bersama kira - kira 120 pelajar yang menganggotai pertubuhan berkenaan yang di iktiraf di peringkat negeri Selangor . Program yang telah berjalan selama 3 hari 2 malam tersebut yang telah di hadiri pegawai - pegawai tertinggi pertubuhan berkenaan di penuhi dengan bermacam pengisian dan aktiviti yang berkaitan dengan pertubuhan berkenaan . Seramai 5 orang fasilitator kami yang bertugas pada program tersebut termasuklah seorang daripadanya adalah dari unit perubatan kami .

 Berbagai jenis bentuk latihan dan gerak kerja yang kami sediakan termasuklah aktiviti pertolongan cemas dan aktiviti menyelamatkan mangsa bencana .Satu ujian kecekapan pertolngan cemas juga telah kami adakan kepada pelajar - pelajar ini yang telah di hakimi oleh para pegawai tinggi pertubuhan berkenaan dan satu ujian ketahanan fizikal juga telah di adakan sepanjang program berkenaan . Semua aktiviti yang di jalankan oleh kami telah mendapat kelulusan oleh ketua pertubuhan St . John Ambulance dan di beri pengiktirafan selaku penganjur di peringkat negeri oleh Beliau .
 Tetap ceria walaupun terpaksa melalui bermacam jenis latihan dan ujian yang kami sediakan di sepanjang program termasuklah aktiviti kecemasan pada waktu malam dimana pelajar - pelajar ini telah kami bangunkan dari tidur secara mengejut tepat pada jam 3 pagi dan terpaksa meredah kawasan berlumpur untuk menyelamatkan subjek yang kami letakkan di dalam ujian pertolongan cemas di waktu malam.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat kenaikkan pangkat dan anugerah yang di berikan oleh Ketua Persatuan St . John Ambulance peringkat negeri Selangor pada hari penutupan program berkenaan . Juga Tahniah daripada kami kepada Peserta dan Kumpulan terbaik yang terpilih . Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada 5 orang daripada peserta program yang menerima anugerah keberanian St . John Ambulance atas pertolongan yang mereka berikan semasa tragedi tanah runtuh di Madrasah At Taqwa , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .

Lafaz ikrar yang mereka jalankan membuktikan semangat berpasukan mereka adalah yang terbaik di dalam perkhidmatan membantu mereka - mereka yang memerlukan bantuan di saat - saat kecemasan .

 Merka juga di berikan tugas secara berkumpulan bagi menyediakan kemahiran ikhtiar hidup di mana mereka di kehendaki menyediakan sendiri makanan di sepanjang program berkenaan dengan di pantau oleh kami serta pegawai - pegawai persatuan berkenaan . Mereka juga telah di ajarkan teknik - teknik menghidupkan api di kawasan lembab .
Di antara ujian yang kami jalankan untuk mebentuk semangat berpasukan di dalam program ini yang mencabar minda dan ketahanan fizikal pelajar . Aktiviti ini juga di jalankan bagi menyatukan kesemua pelajar di bawah satu unit beruniform .




Para pelajar telah menyertai aktiviti kembara ke kawasan air terjun sebagai bonus atas kerjasama yang mereka berikan di sepanjang program .
Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program kem unit beruniform ini yang berlansung dengan jayanya dan menjadi satu kenangan yang teramat indah buat kami di sepanjang karier kami .

No comments:

Post a Comment