Sunday 15 January 2012

kem kecemerlangan anak2 soleh dan solehah 2012

Kem kecemerlangan anak - anak soleh dan solehah 2012 .
Tarikh kem : 4 dan 5 febuari 2012 . 
lokasi kem : Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .
Tarikh tutup pendaftaran : 30 januari 2012 .
Had umur penyertaan :
tumpuan utama kepada pelajar berusia 12 tahun ke 17 tahun namun terbuka juga kepada pelajar berusia 9 tahun hingga 18 tahun jika berminat untuk menyertai.
Yuran penyertaan : Rm70.00 seorang . 
( diskaun kepada peserta yang ada adik beradik turut sama menyertai).
Cara pendaftaran : email ke kafutraining@yahoo.com untuk mendapatkan borang - borang pendaftaran .
Matlamat kem : mengisi cuti hujung minggu persekolahan dengan perkongsian ilmu dan aktiviti bermanafaat kepada pelajar . memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri - ciri untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kekuatan kerohanian dalam mencapai kejayaan . Ber ''Ibadah'' sambil beriadah. 
Pelajar - pelajar juga akan di beri pendedahan tentang pendekatan pembelajaran melalui cara kaedah kerohanian . Peljar - pelajar juga akan di kongsikan pengalaman - pengalaman para fasilitator dalam pengajian mereka di pusat - pusat pengajian tinggi dan matlamat sebenar seorang pelajar yang cemerlang .  
Bermacam aktiviti yang menarik di sediakan sebagai antara pengisian program ini , di antaranya slot ceramah kecemerlangan , slot ibadah di mana pelajar akan di bawa mengikuti Qiamullail dan slot penghayatan bagi mengenali erti sebenar kehidupan serta matlamat / visi sebagai seorang pelajar , seorang anak dan seorang insan cemerlang  .

No comments:

Post a Comment