Saturday 7 January 2012

Program 'kem rehlah ukhuwah dan majlis perpisahan guru serta pelajar Kafa Intergrasi Izzatul Islamiah , Petaling Jaya , Selangor ' . Salam pengenalan kami kepada semua Guru - guru dan pelajar - pelajar Kafa Izzatul Islamiah bermula dari tahun 2010 di mana kami buat pertama kalinya melancarkan modul kami yang bertemakan ala santai secara kerohanian kepada sekolah ini. Program kem ini juga bertujuan mengeratkan ikatan kasih sayang antara guru dan pelajar sebelum mereka berpisah kerana pelajar - pelajar yang terbabit meneruskan persekolahan mereka ke Tingkatan satu . Rata - rata pelajar yang terlibat pada program ini adalah pelajar - pelajar tahun enam . Program ini biasanya kami anjurkan di hujung minggu persekolahan sebelum cuti hujung tahun persekolahan .




Keesokkan harinya pelajar - pelajar dan guru - guru di bawa mengikuti aktiviti kembara hutan dan meredah jeram dimana mereka telah kami bawa untuk bersantai ke kawasan air terjun . Pada sebelah malam sebelumnya pelajar - pelajar telah melakukan satu aktiviti lasak yang di selitkan modul kerohanian yang menguji kekuatan mental dan ketahanan rohani pelajar .








Antara sebahagian guru - guru dan juga Guru Besar yang mengikuti program ini serta mengiringi pelajar - pelajar di dalam program ini.


Mereka bergambar sebelum menaiki bas yang membawa mereka datang kepada kami setelah selesai majlis penutup dan perpisahan di jalankan. Terima Kasih kami ucapkan kepada yang berbahagia Puan Guru Besar 'Ustazah Siti Mahfuzah' dan guru penyelaras program 'Ustaz Saiful' kerana memberi peluang kepada kami untuk terlibat sama bersilaturrahim dengan kesemua pelajar serta kakitangan pengajar 'Kafa Intergrasi Izzatul Islamiah , Petaling Jaya , Selangor '.

No comments:

Post a Comment