Saturday 7 January 2012

Kem kepimpinan SRJK 'T' Vivekananda , Briekfield , Kuala Lumpur .

Di dalam bidang pendidikan juga kami tidak memilih sama ada perbezaan keturunan , kaum , bangsa mahu pun berlainan agama di dalam modul kami .Ini di buktikan dalam program 'kem kepimpinan' di mana kami telah di beri penghormatan oleh sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil vivekananda , Briekfield , Kuala Lumpur untuk menganjurkan dan mengendalikan sepenuhnya kem kepimpinan yang berlansung selama 3 hari 2 malam tersebut . Sekali lagi kami telah memilih tempat asal kami bermula sebagai sebuah syarikat konsultan yang menganjur dan menjalankan program - program yang berunsur motivasi iaitu kem Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan sebagai tempat berlansungnya program berkenaan . Cuma kali ini kami di beri peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kami bersama hampir seramai 80 orang pelajar serta di iringi oleh seramai hampir 30 tenaga pengajar termasuk Guru Besar . Dari pihak kami juga , telah di sediakan 5 orang fasilitator yang terlatih termasuk seorang daripadanya adalah dari unit perubatan yang baru kami tubuhkan sebelum program ini di jalankan.


 Amanah dan kepercayaan yang telah di berikan kepada kami oleh guru - guru sekolah berkenaan telah kami sempurnakan dan apa yang kami janji telah kami tunaikan . Seawal pagi , kesemua pelajar - pelajar ini telah di bangunkan dari tidur dan bermulalah aktiviti serta pengisian seterusnya.
Walaupun kami berlainan agama , penyampaian kami tetap di sempurnakan mengikut amanah yang di berikan dimana kami tetap menyelitkan slot - slot pemantapan jiwa dan minda kepada para pelajar.

 Di antara aktiviti serta pengisian adalah persembahan kumpulan serta pembentukkan kumpulan di mana kerja sama semangat berpasukan yang kami serapkan dari hari pertama telah mampu di capai oleh pelajar - pelajar ini hanya dalam waktu yang singkat . Malah semangat mereka yang mematuhi setiap arahan ketua - ketua yang di lantik menjadikan kem ini berjalan dengan sempurna.
 Salah satu dari pengisian slot di mana para pelajar di kehendaki menyanyikan lagu Tema Program di dalam Bahasa Melayu dan dalam masa yang di tetapkan oleh Ketua Fasilitator .

Antara aktiviti - aktiviti di luar dewan yang melibatkan guru - guru pengiring yang kami rangka supaya guru dan pelajar sama - sama dapat bergabung dan menjayakannya.

 Mereka juga telah di dedahkan kepada aktiviti - aktiviti lasak yang turut di sertai oleh guru pengiring .Mereka ini semua telah terlibat dalam empat aktiviti lasak yang kami jalankan iaitu dua pada sebelah siang dan dua pada sebelah malam .
Di antara aksi - aksi guru pengiring yang sporting mengikuti setiap apa jua yang di lakukan oleh pelajar - pelajar mereka walaupun terpaksa berendam di dalam lumpur di kawasan merentas halangan.




Sebagai sebuah penghargaan daripada kami kepada pelajar - pelajar berkenaan kerana julung - julung kalinya program yang di jalankan tanpa mengira unsur - unsur perbezaan kaum mahupun agama . Malah program ini menjadi titik semangat kami untuk meneruskan perjuangan kami di dalam bidang pendidikan anak - anak bangsa senegara kami iaitu :                    ''' MALAYSIA''' . Majlis pada petang itu di tutupi dengan majlis perpisahan yang mana kami berasa buat pertama kali dalam perjuangan kami selama ini amat - amat di hargai apabila kesemua pelajar - pelajar tanpa mengira perbezaan bersalam salaman dan bermaaf - maafan dengan kesemua fasilitator yang bertugas dalam suasana penuh kemesraan dan kesyahduan seolah - olah 3 hari 2 malam itu umpama satu tautan yang membawa kenangan terindah buat semua.Terima Kasih daripada kami di Kafu Training Ent .

No comments:

Post a Comment