Saturday, 7 January 2012

Kem pemantapan pelajar STAM Samtaj , Shah Alam , Selangor

Bagi tahun 2011 pula , tirai siri kem pemantapan pelajar kami di buka oleh Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah , Shah Alam , Selangor . di mana kali ini kami di beri penghormatan pula untuk mengendalikan bersama - sama program pemantapan pelajar ini bagi siri peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia pelajar tingkatan enam bagi melayakkan mereka menyambung pengajian ke Pusat - pusat pengajian antarabangsa di timur tengah. Di antara pusat - pusat pengajian antarabangsa yang menginginkan kelayakan tersebut adalah salah sebuah pusat pengajian tinggi di Mesir yang tersohor iaitu Universiti Al - Azhar .

Selain pelajar - pelajar ini di dedahkan kepada kelas - kelas yang di isi dengan bermacam teknik - teknik menjawab soalan dan sebagainya , mereka juga di beri pendedahan akan ketahanan fizikal dan mental dalam persediaan nanti mengharungi kehidupan di negara asing.



Meraka juga di beri pendedahan dalam ilmu ikhtiar hidup ataupun 'Survival'  yang di antaranya cara - cara menghidupkan api di dalam cuaca lembab , mencari jalan keluar apabila tersesat dan bermacam lagi . 










 Mereka juga di sertai oleh tenaga pengajar dan guru - guru pengiring yang turut sama menyertai setiap aktiviti yang kami jalankan. Kami mendoakan kejayaan kesemua pelajar - pelajar terbabit dan cemerlang di dalam pelajaran mereka .
 Sepertimana yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah Saw di dalam hadisnya yang bermaksud ''Menuntut ilmu adalah ( fardu ) wajib ke atas setiap orang.

No comments:

Post a Comment