Monday 9 January 2012

Team Building student Masterskill Cheras


Kami telah menjalankan satu siri kem Team Building bersama - sama pelajar dari Masterskill Univercity Collegue Of Health cawangan Cheras yang berlansung selama 2 hari 1 malam  bertempat di Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan . Kem yang di sertai oleh pelajar - pelajar yang menganggotai persatuan St.John Ambulance ini turut di sertai oleh beberapa orang pensyarah dan tenaga pengajar IPTS berkenaan .

 Mereka telah di beri taklimat tentang aspek keselamatan dan pergerakkan dalam perkhemahan tersebut oleh Pengarah Urusan Kafu Training Ent . Program yang di jalankan secara Group Survival ini telah bermula dengan aktiviti memasang khemah yang telah di pantau oleh fasilitor - fasilitator Kafu Training Ent sendiri.
 Di antara aktiviti ice breaking yang di jalankan sebelum pelajar ini di bawa ke kawasan aktiviti lasak yang pertama bagi menguji ketahanan fizikal mereka. Kesemua pelajar ini telah di jadualkan akan melaui beberapa cabaran dan halangan yang di reka khas bagi pengisian program ini.

 Line Check juga di lakukan kepada pelajar - pelajar ini yang rata - rata dari jurusan kedoktoran dan kejururawatan supaya jangan ada pelajar yang berpatah semula ke kawasan kem .Taklimat akhir juga di berikan supaya pelajar ini memahami perjalanan dan keselamatan yang perlu mereka ambil di sepanjang aktiviti yang di jalankan.

 Kerjasama dalam berpasukan yang di terapkan dalam aktiviti ini telah menjayakan pergerakkan aktiviti menjadi lancar seperti yang di rancang.

 Setelah berpenat lelah melepasi semua halangan - halangan yang mereka terpaksa tempuhi , mereka telah di kejutkan oleh Pengarah Urusan Kafu Training Ent dengan satu lagi halangan yang di reka khas buat mereka pada petang tersebut .
Perbincangan dalam kumpulan amat penting bagi melepasi halangan yang di reka khas ini.
Di sebelah malam pula pelajar - pelajar ini telah di uji dengan ketahanan mental dan kerohanian dalam satu aktiviti di luar pada jam 12.00 tengah malam . Di mana pelajar - pelajar ini telah di hantar seorang demi seorang di satu kawasan dan di tinggalkan bersendirian dalam tempoh waktu yang di tetapkan. Pada ke esokkan harinya pula semua pelajar ini telah di bawa mengikuti aktiviti kembara ke kawasan air terjun dan pada sebelah tengaharinya majlis perpisahan telah di adakan . Terima Kasih kami ucapkan kepada pelajar dan juga pensyarah yang terlibat .

No comments:

Post a Comment