Saturday 7 January 2012

Gabungan program bersama syarikat lain bagi tahun 2011

Program kali ini juga melibatkan dua syarikat yang bergabung buat pertama kalinya menganjurkan satu bentuk program kem kerohanian yang disertai dengan beberapa aktiviti di luar dewan bagi pengisian ketahanan mental dan fizikal peserta dalam alaf baru.

 Peserta - peserta juga di libatkan dalam beberapa aktiviti lasak bagi memberi keyakinan kepada mereka serta berkongsi tentang ikhtiar hidup di dalam hutan .

 Peserta - peserta juga di terapkan disiplin yang tinggi bagi setiap pergerakkan aktiviti dan sebagai imbuhan atas kerjasama mereka kami telah membawa mereka bersantai di kawasan air terjun sewaktu aktiviti kembara di jalankan.

 Laluan yang mencabar dan amat memerlukan ketabahan yang tinggi serta keyakinan diri kepada para peserta juga menambahkan semangat semua peserta untuk segera menamatkan kembara tersebut dengan jayanya.

Mereka juga di beri penerapan latihan ketahanan fizikal bagi menjana pemantapan mental mereka di dalam aktiviti merentasi kawasan halangan yang kami rahsiakan di awal program.



Sepuluh kawasan halangan yang terpaksa di tempuhi oleh kesemua peserta di dalam program ini yang amat - amat memerlukan semangat dan keberanian mental serta fizikal yang kami terapkan di dalam aktiviti.



Walaupun agak kepenatan , namun kesemua peserta - peserta ini bertekad untuk meneruskan aktiviti tanpa ada yang mahu menyerah kalah .



Permulaan tahun 2011 kami sekali lagi bergabung dengan sebuah syarikat konsultan bagi menjalankan program 'kem anak - anak soleh dan solehah' . kem yang di anjurkan pada hujung minggu ini di uruskan bersama oleh dua syarikat di mana kami gabungkan modul - modul kami dengan menyeragamkannya mengikut tema program yang berjalan selama 2 hari 1 malam di dua lokasi yang berbeza .

No comments:

Post a Comment