Friday 6 January 2012

kem Kepimpinan Smk Seri Sendayan , Negeri Sembilan .

Kem Kepimpinan pelajar SMK SERI SENDAYAN , NEGERI SEMBILAN .

Kami meneruskan siri kem kepimpinan kami dengan mengendalikan kem kepimpinan pelajar - pelajar Smk Seri Sendayan dari Negeri Sembilan yang telah berlansung selama 2 hari 1 malam bertempat di kem Kingfisher Adventures , Hulu Langat , Selangor pada tahun 2010 . Berkongsi pengalaman dan ilmu kami bersama kira - kira 40 orang pelajar .
 Berbagai aktiviti dan gerak kerja yang telah di rangkakan bagi pengisian ke arah pemantapan kepimpinan pelajar dalam menjalani tugas selaku seorang pelajar beserta jadual yang ketat selama 2 hari tersebut .
Di antara aktiviti - aktiviti lasak yang telah di jalani pelajar bagi memantapkan fizikal dan kerohanian di sepanjang program tersebut .
Setelah penat menjalani bermacam - macam gerak kerja , pelajar - pelajar telah menjamu selera dengan juadah yang telah di sediakan oleh pihak kem.

Aktiviti kembara ataupun jungle tracking yang menjadi kegemaran pelajar - pelajar yang pernah mengikuti program kami.


Aktiviti riadah senam kawad atau senaman pagi yang kami jalankan bersama pelajar .


Antara aktiviti - aktiviti di dalam dewan yang kami sediakan buat pengisian program berkenaan .
Sebelum majlis perpisahan di antara kami dengan pelajar yang berlansung dalam suasana kesyahduan walaupun hanya berkesempatan mengenali cuma hanya selama 24 jam sahaja . Namun keakraban antara pelajar dan juga fasilitator yang bertugas seolah telah lama bersua . Sekalung ucapan terima kasih dari kami buat Pengetua , Guru - Guru Pengiring terutama kepada Cikgu Hafinaz kerana menemukan kami dengan pelajar - pelajar ini .

No comments:

Post a Comment