Saturday 7 January 2012

Kem Rehlah Ukhuwah Madrasah Ar Rashid

Kem Rehlah Ukhuwah Madrasah Ar Rashid , Klang , Selangor telah menjadi pembukaan kami selaku penganjur bagi tahun 2011 . Di mana pada kem kali ini kami mengendalikan aktiviti - aktiviti yang di jalankan selama 2 hari 1 malam dengan bermacam aktiviti bagi pengisian pelajar dan guru - guru pengiring termasuklah majlis perpisahan dan juga aktiviti lasak.

Perhimpunan pagi diadakan bagi taklimat penerangan tentang gerak kerja serta aktiviti yang akan di jalankan .

 Permulaan langkah dalam aktiviti kembara di iringi dengan alunan selawat oleh para pelajar menghiasi perjalanan dan mengingatkan akan perjalanan para Nabi - Nabi di dalam kembara menyebarkan ajaran Islam.





Berehat seketika di kawasan check point sebelum peserta di beri taklimat oleh ketua fasilitator serta Pengarah Urusan Kafu Training Ent tentang keselamatan dan langkah - langkah yang perlu di lakukan di dalam kembara jeram ke air terjun.


Suasana bertukar riang apabila peserta - peserta di beri ruang untuk bersantai di kawasan air terjun setelah penat mengharungi kawasan jeram.

Taklimat akhir sebelum peserta - peserta di lepaskan untuk bersiap sedia menjalani aktiviti yang seterusnya .

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Majlis perpisahan pada petang itu kami hiasi dengan solat asar berjemaah dan telah di imamkan oleh Ketua pelajar . Majlis juga telah di serikan lagi dengan ucapan bersemangat dari yang berbahagia Tuan Pengetua Madrasah serta di iringi dengan selawat ke atas junjungan Besar Rasulullah Saw.

No comments:

Post a Comment