Saturday 7 January 2012

Terlibat dalam program anjuran TQTC

Kami juga ada terlibat secara tidak lansung dengan program yang di anjurkan oleh Tahsin Quran Training Centre pada cuti penggal persekolahan di tahun 2010 . Di antara sesi - sesi cuti persekolahan berkenaan yang bermula pada bulan Jun dan cuti hujung tahun di mana Kem Madrasah Motivasi Al - Quran anjuran TQTC melibatkan kami sebagai unit yang bertindak mengendalikan aktiviti kembara di dalam program berkenaan .

Di antara fasilitator - fasilitator kami yang terlibat bekerjasama dengan fasilitator - fasilitator TQTC dalam mengendalikan aktiviti yang di sertai hampir kira - kira 150 orang peserta .

 Para peserta di beri berehat seketika di kawasan Check point sebelum kami memberi taklimat keselamatan tentang kembara jeram ke air terjun.
 Gelagat fassilitator TQTC dan peserta setelah selamat tiba ke air terjun yang di bawa oleh fasilitator - fasilitator kami yang bertugas pada program tersebut.

 Antara orang lama dalam unit aktiviti lasak kami yang turun menyertai rakan - rakan fasilitator dalam menjalankan aktiviti kembara peserta TQTC.

 Walaupun kepenatan meredah hutan dan melalui kawasan jeram yang banyak , peserta - peserta ternyata bersemangat meneruskan perjalanan sampai ke penamat biarpun terpaksa menempuh halangan - halangan semula jadi yang sedia ada.
 Program yang berlansung hampir sebulan tersebut telah melibatkan unit fasilitator kami yang di jemput khas bagi menjalankan aktiviti kembara lasak selama 3 sesi. Terima kasih kepada peneraju utama TQTC ' yang berbahagia Ustaz Nasir Rustam dan yang berbahagia Ustazah Asni Mansur yang sudi mengajak kami menyertai mengendalikan aktiviti tersebut bersama - sama fasilitator TQTC.

No comments:

Post a Comment