Saturday 7 January 2012

Kami juga terlibat mengendalikan program Team Building Dewasa

Aktiviti perkhemahan team building yang melibatkan peserta dewasa dari Lembaga Perlabuhan Johor di mana kami mendedahkan teknik ikhtiar diri dan menjalani program tanpa kemudahan moden .



Kesemua peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan Lembaga Perlabuhan Johor pada awalnya telah di beri tempat penginapan yang mewah di sebuah resort berhampiran dan pada keesokkan tengaharinya kami mengambil peserta dari Resort berkenaan dengan membawa mereka berjalan kaki sejauh 5km dengan membawa beg pakaian mereka meredah sungai.
 Aktiviti gerak kerja berkumpulan di padang juga kami jalankan bagi pengisian perkhemahan tersebut yang berlansung selama 2 hari 1 malam .

Antara sebahagian perkhemahan Team Building bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia .

 Kami juga menjalankan aktiviti perkhemahan bersama para Pegawai dan kakitangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di mana pendedahan yang sama juga kami terapkan iaitu peserta di kehendaki menjalani Aktiviti Ikhtiar Diri selama di dalam program . Meraka juga telah di beri penginapan yang mewah pada hari pertama program dan keesokkannya kami telah mengambil mereka dan melakukan 'Tapping" iaitu berjalan kaki kira - kira 5km dengan membawa beg pakaian masing - masing meredah hutan dan sungai tanpa melalui jalan raya ke kawasan tapak perkhemahan .
Kesemua aktiviti - aktiviti ini telah di jalankan secara Gabungan dengan sebuah syarikat Konsultan yang membawa mereka kepada kami. Terima Kasih Kami ucapkan kerana sudi memilih kami selaku Unit Kejurulatihan yang mengendalikan semua aktiviti lasak yang telah di sertai.

No comments:

Post a Comment