Friday 6 January 2012

Kem Orentasi Pelajar UITM Puncak Alam 2010

Telah berlansungnya kem orentasi pelajar Optometri Uitm Puncak Perdana bertempat di kingfisher adventures di mana kami terlibat secara lansung dengan beberapa aktiviti lasak ketika itu bersama - sama pelajar - pelajar terbabit.

Permulaan perjalanan kembara ataupun aktiviti jungle tracking dengan taklimat dan penerangan oleh Pengurus Kingfisher Adventures dan ketua jurulatih unit aktiviti lasak ketika itu .
Perjalanan di mulai dengan mendaki sebuah anak bukit di kawasan kem yang agak mencabar pelajar untuk melepasinya dan keadaan aktiviti yang di jalankan pada waktu petang . 
 Antara aksi - aksi santai dan bersahaja pelajar sewaktu tiba di kawasan Check Point selepas mendaki dan menuruni bukit di kawasan Kingfisher Adventures .
Berehat seketika sebelum meneruskan kembara meredah sungai dan jeram untuk menuju ke destinasi yang telah kami tetapkan .
Berendam di dalam sungai setelah pulang ke kem dari menjalani aktiviti lasak .
Antara aksi - aksi pelajar sewaktu cuba melepasi halangan yang sedia ada di kem .


Antara gambar candid yang berjaya di rakam oleh jurugambar sewaktu aktiviti river tracking yang mencabar dan amat memenatkan pelajar .

 Aktiviti merentas kawasan berhalangan yang mengakhiri aktiviti pada petang tersebut .

Tetap ceria walaupun kepenatan meredah hutan , menyusuri sungai yang berjeram dan melepasi kawasan yang berhalangan .


Antara aktiviti malam kebudayaan yang di jalankan oleh para pelajar di waktu malam setelah penat meredah hutan pada sebelah siangnya .
Aktiviti senamrobik yang di jalankan pada sebelah pagi oleh pelajar.
Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di kingfisher adventures dan meredah hutan bersama jurulatih kafu training ent ataupun di kenali pada masa itu sebagai unit aktiviti lasak , tibalah saat - saatnya pelajar pulang ke UITM bagi menyambung perjuangan mereka di dalam mencari ilmu dan meninggalkan kenangan terindah buat kami berprogram bersama mereka.
Kem Orentasi Pelajar Optometri UITM Puncak Alam 2010 .Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dan juga urusetia - urusetia pelajar yang sentiasa memberi kerjasama kepada kami.

No comments:

Post a Comment