Saturday 7 January 2012

Program bersama Pensyarah dan Pelajar Sunway Univercity Collegue

Kami juga menganjurkan dan menjalankan satu program ala - Team Building yang melibatkan Pensyarah - Pensyarah dari Sunway Univercity Collegue di mana para Pensyarah ini telah melibatkan diri dalam kesemua aktiviti yang kami jalankan dengan cemerlang .


 Pensyarah - pensyarah ini juga terlibat dalam aktiviti lasak kembara meredah jeram yang amat mencabar kesabaran dan ketahanan fizikal serta mental . Mereka juga di dedahkan bagaimana untuk melepasi halangan ketika melalui kawasan jeram ketika hujan lebat .
Kawasan jeram yang di lalui oleh Pensyarah - pensyarah terbabit dalam aktiviti kembara .


Wajah - wajah ceria para tenaga pengajar Sunway Univercity Collegue sebelum memulakan aktiviti meredah kawasan jeram .
 Tidak lama kemudiannya , kami sekali lagi di beri peluang untuk mengendalikan aktiviti kembara bersama sebahagian daripada pelajar - pelajar Sunway Univercity Collegue pula . Aktiviti ini telah di jalankan pada sebelah pagi .
 Wajah ceria bercampur risau dari peserta yang memulakan aktiviti kembara pada pagi itu dimana mereka bukan sahaja akan meredah jeram tetapi terpaksa mendaki bukit untuk menuju ke kawasan air terjun .



Setelah penat mendaki bukit dan menuruninya , mereka terpaksa pula meredah arus jeram untuk ke kawasan air terjun dan setelah puas berendam dalam kedinginan air terjun , mereka terpaksa sekali lagi meredah kawasan jeram secara menurun pula untuk pulang ke kawasan kem.

No comments:

Post a Comment