Saturday 7 January 2012

Bergabung dengan KBmjim dalam menjalankan aktiviti

 Pelajar muslimah di beri kelas dan kuliah di dalam kelas manakala pelajar lelaki di dedahkan dengan aktiviti luar.
Pelajar lelaki juga kami beri tugasan di dalam dewan sebelum mengikuti aktiviti luar.

 Pelajar juga di beri tunjuk ajar oleh unit kejurulatihan tentang teknik - teknik perkhemahan dan taklimat keselamatan semasa perkhemahan oleh ketua jurulatih kami .

Kami juga mengendalikan aktiviti lasak bersama dengan pelajar - pelajar dari KBmjim ( pertubuhan ikram cawangan BTR dan cawangan Sepang )


 Antara aksi - aksi pelajar dari pelbagai sekolah yang terlibat dalam program bersama KBmjin (ikram) yang telah kami jalankan aktiviti kembaranya melalui hutan dan meredah jeram menuju ke air terjun di dalam kawasan kem.


Hilang penat dan segalanya setelah bertemu dengan airterjun yang amat dingin dan jauh dari pencemaran .

Mereka juga kami dedahkan kepada latihan lasak di mana mereka di kehendaki melepasi beberapa kawasan berhalangan untuk pulang ke kem semula selepas aktiviti kembara hutan dan meredah jeram .


Solat Asar berjemaah juga kami lakukan di padang bagi mengisi slot kerohanian di mana kami berkongsi macamana melakukan solat seandainya di hutan dan berwuduk menggunakan air sungai.

Setelah solat , pelajar - pelajar dan semua urusetia baru di benarkan berendam dalam sungai yang dingin di kawasan kem.

No comments:

Post a Comment