Friday 6 January 2012

Kafu Training Ent ( 002041645 - M )

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat blog rasmi kami Kafu Training  . Pertama sekali kami memanjatkan syukur Alhamdulillah di atas kelahiran laman blog rasmi kami ini sempena penghargaan dari kami di Kafu Training buat semua warga pendidik dan juga warga pelajar tanahair yang pernah berprogram bersama kami. 

Profil syarikat :

LATAR BELAKANG

KAFU ( KERANA ALLAH FISSABILILLAH UTAMANYA )
Berasaskan dari gabungan rakan karib , kami memulakan program – program motivasi di sekitar negeri SELANGOR DARUL EHSAN dan KUALA LUMPUR .

KAFU TRAINING adalah satu konsultan penganjur serta menjalankan program dan latihan motivasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) sebagai sebuah syarikat Konsultan . Kekuatan KAFU TRAINING terletak kepada latarbelakang , pengalaman , cara pendekatan dan cara penyampaian tersendiri pasukan KAFU TRAINING dalam mengendalikan program – program motivasi .

OBJEKTIF

KAFU TRAINING di tubuhkan dari atas kesedaran dan rasa terpanggil oleh Pemilik dan rakan – rakan bagi menganjurkan program – program motivasi , team building dan bengkel – bengkel berkaitan kerohanian kerana sedar betapa pentingnya pembangunan insaniah  di kalangan pelajar – pelajar  Malaysia .

KAFU TRAINING juga menjalankan dan mengendalikan program – program motivasi , kepimpinan pelajar , ‘team building’ , motivasi santai , program kecemerlangan pelajar , program ibadah ( smart solat ) ,  program pengisian musim cuti persekolahan dan lain – lain program berkaitan dengan pembangunan insaniah . Kafu training juga terlibat di dalam menjalankan aktiviti – aktiviti lasak  di antaranya ialah kembara hutan ( jungle tracking ), meredah sungai dan kawasan jeram ( river tracking ), merentas kawasan berhalangan ( obstacle course ) dan kembara malam ( Night walk )

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran KAFU TRAINING adalah merangkumi pelajar – pelajar Pusat Pengajian Tinggi Awam / Swasta , pelajar – pelajar sekolah , persatuan - persatuan unit beruniform , pertubuhan – pertubuhan belia dan bukan kerajaan dan orang ramai amnya.


BAHAGIAN

Program – program yang di anjurkan dan di jalankan oleh KAFU TRAINING terbahagi kepada beberapa bahagian , di antaranya :-

1 – MOTIVASI.

Program motivasi yang di jalankan di pecahkan kepada beberapa jenis bergantung kepada entity peserta yang mengikuti program . Contohnya kecemerlangan akademik , prestasi akademik pelajar dan sahsiah . Contoh program yang di jalankan adalah motivasi Solat , kem ibadah , kem kecemerlangan anak soleh dan solehah , dan kem kecemerlangan serta pengukuhan UPSR , PSRA , PMR , SMA , SPM dan STAM .

2 – KEPIMPINAN.

Pengetahuan memimpin dan menguruskan kepimpinan adalah amat penting untuk di terapkan di dalam diri setiap insan.  Sebagaimana Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang di beritahu oleh Ibnu Amri : “ Setiap seorang itu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab di atas orang yang di pimpinnya . Seorang lelaki menjadi pemimpin kepada keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka . Seorang isteri adalah pemimpin kepada rumah suaminya dan dia bertanggungjawab ke atasnya . Seorang hamba adalah pemimpin kepada harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atasnya .” Hadith Riwayat Al Bukhari . Di antara semangat kepimpinan yang boleh di terapkan kepada pelajar – pelajar sekolah adalah KEPIMPINAN Islam , kepimpinan ketua pelajar , kepimpinan pengawas , kepimpinan ahli persatuan sekolah dan kepimpinan pelajar secara keseluruhannya serta jati diri .

3 – TEAMBUILDING .

Program ini biasanya sesuai untuk pelajar – pelajar Pusat Pengajian Tinggi (IPT) , persatuan – persatuan belia , badan bukan kerajaan , persatuan berunifom dan kakitangan kerajaan serta korporat . Program ini menekankan semangat bekerjasama di dalam satu pasukan , kesefahaman , kepimpinan , kepercayaan dan semangat persaudaraan di dalam satu pasukan .

4 – Kem pengisian cuti penggal persekolahan .

Ini adalah satu program bersifat kerohanian ala “ Summer Camp “ khusus buat pelajar – pelajar sekolah dan remaja di mana kem ini di adakan di setiap musim cuti persekolahan yang berfokuskan pembangunan kerohanian dan kekeluargaan . Pengkhususan terhadap ibadah solat dan pengajian Al Quran di samping kesinambungan aktiviti – aktiviti riadah serta pengisian ke arah kecemerlangan dan pembentukkan sahsiah diri . Contoh kem musim cuti sekolah ini ialah Kem kecemerlangan anak soleh dan solehah ( KKASDS ) dan Kem meniti usia remaja( M.U.R ).

 PENGALAMAN .

1 – Kem Motivasi Teambuilding dan Kepimpinan SMK Seri Sendayan – 2010
2 – Kem Orentasi Optometri UITM Pncak Alam – 2010
3 - Kem Rehlah Ukhuwah Madrasah Ar Rasyid – 2010
4 – Rehlah Ukhuwah Kafa Izatul Islamiah – 2010
5 – Kem Kepimpinan dan Teambuilding SMK La Salle Briekfield – 2010 dan 2012 .
6 – Kem Kepimpinan dan Teambuilding St John Ambulance – 2011
7 – Kem Teambuilding Masterskill Universiti – 2011
8 – Kem Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Tamil Vivekananda Briekfield – 2011
9 – Kem Teambuilding Kolej Jasmin UITM Puncak Perdana – 2011
10 – Kem Pengukuhan PSRA Kafa Izatul Islamiah – 2011
11 – Kem Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul  – 2011
12 – Kem Kepimpinan dan Akademik Sekolah Agama Menengah Hulu Langat – 2012
13 – Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tuanku Ampuan Jemaah ( SAMTTAJ )  - 2012
14 – Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Tua – 2012
15 – Kem Teambuilding “ Sport Club “ UNITEN – 2012
16 – Kem Rehlah Ukhuwah Pertubuhan Ikram Siswa United Kingdom dan Ireland – 2012
17 – Kem Rehlah Ukhuwah IPGKPI Bangi – 2012
18 – Kem Santai Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang – 2012
19 – Kem Rehlah Ukhuwah B8 dan R2 UITM Puncak Alam – Januari 2013
20 – Kem Teambuilding Pelajar Kejuruteraan UTM K.L – Febuari 2013
21 – Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang – Mac 2013
22 – Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah kkasds 2013 – November – Disember 2013


MAKLUMAT TERPERINCI

Nama Konsultan : KAFU TRAINING & CONSULTANCY ( enterprise ).

Nombor Pendaftaran : 002041645 – M.

Nombor Talifon : 017 690 8486 .

Alamat Surat Menyurat :
No 7 , Jalan Sentosa 18 , Taman Desa Sentosa , Dusun Tua , 43100 , Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .

Alamat Kem / Pusat Latihan :
Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan .


Web Site : http//wwwkafutrainingent.blogspot.com

Laman  Facebook : Kafu Training Ent / Page @ facebook.com










No comments:

Post a Comment